Ahad, 17 Oktober 2010

mesyuarat bersama exco kerajaan Negeri bagi cadangan pembinaan Masjid taman Seri melor

Shah Alam 13 Oktober- Mesyuarat bersama Y.B. Dato' Dr Hassan Bin Mohd Ali Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Melayu, Infranstruktur dan Kemudahan Awam telah diadakan di Pejabat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor pada jam 11 pagi. Mesyuarat yang tutur dihadiri Ahli Majlis MPKJ zon 22 En Adram bin Musa, Ahli Jawatankuasa pembinaan masjid, wakil Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Wakil pengawai daerah hulu langat bagi membincang cadangan pembinaan masjid Taman Seri Melor.

Mesyuarat ini telah di pengerusi oleh Y.B. Dato' Dr Hassan Bin Mohd Ali. Mesyuarat dimulakan dengan penerangan oleh AJK pembinaan Masjid melalui kertas cadangan yang diedar kepada setiap wakil. Mereka menerangkan keperluan mendesak untuk pembinaan masjid bagi penduduk sekitar kawasan, salah satu sebab masjid berdekatan jauh dari kawasan penduduk dan surau yang ada tidak mampu menampung bilangan penduduk. Atas dasar itu mereka mengambil iniasiatif untuk membina masjid dikawasn tersebut.

Mesyuarat di fahamkan cadangan pembinaan telah dikemukan oleh pihak AJK kepada JAIS sejak Januari, disebabkan kesilapan kerana tidak menghantar kertas kerja ini kepada pihak sepatutnya, ia tertangguh sehingga bulan Julai. Kemudian selepas mereka merujuk kepada pihak tertentu mereka telah mengaju cadangan ini kepada Ahli majlis dan pihak yang terlibat.

Di fahamkan lagi dana bagi pembinaan masjid telah ada hasil sumbangan kumpulan individu, masalah yang timbul ialah tempat untuk menjadikan tapak pembinaan dan bagaimana untuk mendapat kelulusan. Ahlijawatankuasa telah mencadangkan suatu tapak yang sesuai.

Hasil mesyurat tersebut, pengerusi meminta wakil pengawai tanah mengkaji status tanah yang dicadang dan mengambil tindakan sepatutnya. wakil jais bersetuju dengan pembinaan masjid tersebut. Manakala Ahlijawatankuasa akan mengikuti prosedur yang ditetapkan bagi pembinaan masjid. Mesyuarat berakhir jam 1.30 petang-

0 ulasan:

Related Posts with Thumbnails