Ahad, 17 Oktober 2010

Lawatan Tapak Hakisan Cerun Di Taman Bukit Kajang

15 Oktober / 7 zulkaedah, Kajang- Ahli Majlis Zon 22 Sdr Mohd Adram Musa telah menghadiri lawatan tapak Hakisan Cerun Di Taman Bukit Kajang. Kehadiran ke kekasan tapak pagi ini turut dihadiri Ahli Parlimen Serdang Y.B. Teo Nie Ching, Adun Bangi Dr. Shafie Abu Bakar, Tuan Haji Shafie Ngah (Ahli MPKj), , Sdr Chandra Mohan (Ahli MPKj), En. Abdul Halim bin Samah Jabatan Kejuruteraan MPKj, Pn. Komala juga dari Jabatan Kejuruteraan MPKj, En Muhammad Hambali Juruteknik Awam MPKj, Wakil dari Ikram, penduduk setempat dan beberapa yang lain sebagai memberi penjelasan dan jawapan kerana isu ini ditimbulkan di dalam MPKj, akan dibawa ke Dewan Negeri dan mungkin dibawa juga ke Parlimen.

Jemputan melawat tapak ini untuk makluman sebagai persediaan kalau-kalau perkara ini dibangkitkan pada musim sidang sama ada di Parlimen dan juga di Dewan Negeri, di samping dibangkitkan di MPKj. Kelulusan belum tentu dan pembaikpulihan masih juga tidak menentu. Semua masih menunggu.

Dipihak ahli Majlis meminta agar projek ini diambil berat oleh pihak-pihak terlibat. Aduan ini telah dibuat sejak 2006 lagi, namun hingga kini masih tiada tindakan bagi mengatasi masalah ini. Masalah hakisan ini bukan hanya melibatkan infankstutur sahaja, malah melibatkan ancaman keselamatan, kerana hakisan ini berhampiran rumah penduduk, rumah teres dibawanya dan atas rumah pangsa 100 tingkat. Oleh itu, perkara ini perlu diselesaikan segera, jangan bila sudah terantuk baru tengadah,..]

0 ulasan:

Related Posts with Thumbnails