Ahad, 11 April 2010

program Night Jogathon 2010

ucapan perasmian oleh YB Dr. Shafie Abu Bakar


ceramah Seks di Usia Remaja oleh Dr. Kamal Affendi Hashim
antara gerai dan jualan amal yang disediakan


aktiviti mewarna



sesi taklimat

menunggu penuh debaran...


lari!!


penyampaian hadiah oleh Ahli Majlis Zon 22,Tn. Hj. Mohd Shafie bin Ngah
pemenang bergambar bersama Ahli Majlis

Pada 3 April yang lalu, telah diadakan program Night Jogathon di Kolej Universiti Antarabangsa Teknologi Twintech yang telah dianjurkan oleh PeBT, MPKJ zon 22 dengan kerjasama pihak Kolej Universiti Antarabangsa Teknologi Twintech dan MPP Zon 22. Program ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan kerana telah mendapat penyertaan sekitar 200 orang. Perasmian telah dilancarkan oleh ADUN Serdang,YB Dr. Shafie Abu Bakar. Penyampaian hadiah pula telah disampaikan oleh Ahli Majlis Zon 22, Tn. Hj. Mohd Shafie bin Ngah.


Kejohanan Futsal Tertutup PeBT Zon 22 Bawah 17 Tahun





Pada 20 Mac 2010 yang lepas, bertempat di Dewan Serbaguna MPKJ Seksyen 2, Bandar Baru Bangi telah diadakan satu Kejohanan Futsal Tertutup PeBT MPKj Zon 22 yang telah dirasmiakan oleh Y.B. Dr. Shafie Abu Bakar, ADUN Bangi. Kejohanan yang julung-julung kali di anjurkan oleh PeBT Zon 22 telah mendapat kerjasama daripada MPP Zon 22 dan Pejabat ADUN. Kejohanan ini telah dilangsungkan di dalam sistem liga kumpulan yang membabitkan 4 pasukan bagi setiap kumpulan sebelum 2 kumpulan terbaik bertanding secara kalah mati di perlawanan separuh akhir.

Pada Perlawanan akhir, keputusan terpaksa ditentukan sehingga ke sepakan penalti apabila pasukan Oldschool Kickers dan Pasukan Peace Marker terikat dengan jaringan 1-1. Setelah sepakan penalti berlanjutan sehingga kesepakan ke 10, pihak penganjur telah bersetuju agar kedua-dua pasukan menjadi Johan bersama pada kejohanan yang pertama kali dianjurkan. Majlis Penyampaian hadiah telah disampaikan oleh Tn. Hj. Mohd Shafie bin Ngah selaku Ahli Majlis Zon 22 dan penasihat Kejohanan.

Karnival Sukan Penggerak MPKj

Pada 7 Mac 2010 yang lalu, Majlis Perbandaran Kajang telah mengadakan Karnival Sukan Penggerak yang membabitkan penyertaan 24 zon di dalam 2 acara iaitu acara bola sepak 5 sebelah dan acara bola jaring. pihak PeBT Zon 22 telah menghantar wakil di dalam kedua-dua acara sukan yang dipertandingkan. Keputusannya, pasukan bola sepak PeBT Zon 22 telah terkandas di peringkat kumpulan manakala pasukan bola jaring PeBT Zon 22 telah berjaya menjadi naib johan di dalam karnival yang julung-julung kali dianjurkan ini. SYABAS DAN TAHNIAH kepada pasukan bola jaring PeBT Zon 22.

Related Posts with Thumbnails