Selasa, 12 Oktober 2010

Mensyuarat dan Ramah Mesra Bersama Majlis Pewakilan Penduduk

Mesyuarat bersama Majlis Pewakilan Penduduk (MPP) bagi Zon 22 telah diadakan di dewan orang ramai Taman Sri Langat pada 12 Oktober 2010 pada jam 9 malam. Mesyuarat pertama En Adram bin Musa selepas baru dilantik memegang amanah sebagai Ahli Majlis Zon 22 pada penghujung bulan Julai yang lalu. Mesyuarat ini dihadiri semua wakil bagi MPP bagi setiap kawasan.


Majlis ini dimulai dengan al-fatihah dan sesi pengenalan bagi setiap wakil MPP kawasan. Kemudian disusuli kata-kata aluan Ahli Majlis merangkap pengerusi majlis. Ahli Majlis telah membahagikan beberapa kawasan dalam beberapa kelompok bagi memudahkan urusan. Mesyuarat ini juga, memberi peluang wakil setiap kawasan menyatakan masalah disetiap kawasan. Masalah-masalah ini akan diberi perhatian sewajarnya oleh pihak Ahli majlis.

Selanjutnya Ahli Majlis memperingatkan beberapa perkara agar diambil tindakan oleh wakil MPP setiap kawasan. Antara tindakan yang perlu diambil ialah, mengadakan Program Pembangunan Komuniti, memberi penerangan kepada penduduk setempat berkenaan program yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri dan berkaitan perkhidmatan pembandaran Majlis Pembandaran Kajang (MPKJ).Majlis berakhir pada pukul 11 malam.

0 ulasan:

Related Posts with Thumbnails