Ahad, 17 Oktober 2010

Perjumpaan bersama wakil Penduduk Seksyen 5 BBB


17 Oktober / 9 Zulkaedah Bandar Baru Bangi - Satu perjumapaan bersama wakil-wakil penduduk seksyen 5 Bandar Baru bangi telah diadakan di Kedai makan syeksyen 5. Perjumpaan ini diadakan pada pukul 8.30 pagi dihadiri oleh Ahli maljlis, wakil penduduk seksyen 5A.5B, 5c-5d, 5e, wakil alam flora dan kontraktor.
Dalam perjumpaan ini, wakil penduduk berpeluang mengenali Ahli Majlis zon 22 yang baru dilantik. Ahli majlis difahamkan persatuan penduduk di seksyen 5 terbahagi kepada 4 bahagian iaitu wakil penduduk 5a. wakil penduduk 5b, wakil penduduk 5c-5b dan wakil penduduk 5e. Perbahagian ini bagi memudahkan mereka mengurus kerana masalah penduduk setiap kelompok berbeza.
Perjumpaan ini juga memberi peluang penduduk mengadu beberapa masalah yang mereka hadapi, antara masalah yang perlu diambil perhatian ilah penyelenggaraan yang tidak berjadual dan masalah kesesekan jalan utama yang terdapat didalam taman itu sendiri. Masalah ini membahayakan nyawa penduduk terutama apabila waktu kemuncak penduduk pergi dan pulang dari kerja. Masalah-masalah ini akan diberi perhatian oleh ahli majlis.
perbuangan samapah secara haram

Jalan belakang surau yang gelap dan disaki tempat pencuri muncul

Ahli majlis juga berkesempatan untuk melawat Taman Seri langat untuk melihat masalah yang timbul. Kebetulan pada masa tersebut, penduduk sedang mengadakan gotong-royong membersihakan surau. ini memberi lebih peluang Ahli Majlis berkenalan dengan beberapa penduduk. Dalam laeatan ini, ahli Majli di fahamkan perlu memansang lampu dikawan gelap, kerana kawasan gelap ini antara punca banyak berlaku kes-kes kecurian. Ahli majlis didedahkan terdapat tempat perbuangan sampah haram yang mengangu penduduk, lawatan ini berakhir jam 11 pagi.

0 ulasan:

Related Posts with Thumbnails