KEJOHANAN BOLA SEPAK REMAJA BWH 18,15,12 & 10 THN
18 DIS 2010
8.30 PG - 2.00 PTG
PADANG UKM
ANJURAN MPP ZON 22 MPKJ
HUBUNGI
Tajul : 013-342 3423
DAHARI : 019- 326 2537
Rabu, 15 Disember 2010
KEJOHANAN BOLA SEPAK REMAJA BWH 18,15,12 & 10 THN
Jumaat, 10 Disember 2010
Aduan Lonkang Runtuh
Pengadu : Mrs gan
Tarikh : 21-10-2010
Tempat : Taman Bangi, Jalan Reko
Tindakan Ahli Majlis:
1) Melawat kawasan aduan
2) Meminta pengadu membuat aduan terus melalui MPKj
3) Ahli Majlis juga membuat aduan ke MPKj
Gambar Tempat kejadian, Lonkang tersebut disebabkan tanah runtuh. Tanah runtuh juga melibatkan bahu jalan. Ahli Majlis diberitahu bahawa, antara punca tanah runtuh laluan air disekitar taman-taman berdekatan juga melalui lonkang tersebut. Pengadu minta mengambil tindakan segera bimbang kejadian lebih parah.
Rabu, 8 Disember 2010
Sukan Belia Zon 22, 23, 24
acara:
-Futsal bawah 12 tahun (lelaki)
-Futsal bawah 15 tahun (lelaki)
-Futsal bawah 18 tahun (lelaki)
-Bola jaring terbuka
Maklumat:
-Terbuka kepada warga Dun Bangi sahaja
-penyertaan mestilah dihantar melalui surau/ persatuan penduduk
-sebarang persoalan,
sila hubungi Abu Khuzaifah (Zon 22),
Fahmi 013-6248084 (Zon 23),
Dahari (Futsal) 019-3262537
Saida 013-9737690 (Bola Jaring)
Selasa, 30 November 2010
Perjumpaan bersama penduduk Sungai tangkas
Ahad, 28 November 2010
Gotong Royong di taman Tenaga
28 nov- Program gotong royong di taman tenaga telah dijalankan oleh KRT taman Tenaga pada hari semalam. program anjuran bersama, ADNS Bangi, MPKJ, Ahli majlis, Pejabat kesihatan dan Mayabank bertujuan untuk mencegah denggi. Program bermula jam 8.00 pagi dengan ucapan oleh wakil-wakil pengajur, kemudian wakil pejabat kesihatan telah memberi taklimat kesihatan.
Penduduk yang menyertai gotong royong
Pameran dari Pejabat Kesihatan Hulu Langat
anggota Maybank yang menyertai gotong royong
PERASMIAN BAZAR MALAM JALAN REKO
27 NOV- satu program perasmian Bazar Ramadhan Jalan Reko telah berjaya dilaksanakan oleh pihak penganjur. program yang bermula pada pukul 10. 30 malam dihadiri oleh adun bangi, ahli parlimen serdang, YDP MPKJ, dan ahli majlis
Rabu, 24 November 2010
APA ITU TAWAS
Tabung Warisan Anak Selangor atau singkatanya TAWAS, merupakan antara projek penting dalam agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES). TAWAS beserta logonya selamat dilancarkan secara rasmi bersempena dengan Sambutan Ambang Merdeka Peringkat Negeri Selangor pada 30 Ogos 2008. Sebagai usaha berterusan membawa manfaat TAWAS kepada rakyat Negeri Selangor, kini kempen penyebaran maklumat dan pendaftaran peserta di setiap kawasan wakil rakyat di seluruh Selangor. Risalah dan borang pendaftaran TAWAS juga diedarkan di semua Jabatan/Agensi Negeri, termasuk semua Pejabat Daerah dan Tanah dan semua Pihak Berkuasa Tempatan di Negeri Selangor. Kini pihak TAWAS menyediakan pendaftaran secara 'On-Line' bagi mempercepatkan dan mempertingkatkan lagi usaha untuk memberi manfaat kepada rakyat Selangor. Faedah Perlaksanaan TAWAS Kerajaan Negeri Selangor akan menghadiahkan tabung simpanan sebanyak RM 100.00 bagi setiap pendaftaran TAWAS yang berjaya. Pada usia 18 tahun, anak-anak ini berpeluang menerima RM 1,500.00 seorang hasil daripada pelaburan dalam TAWAS. PINDAAN DAN TAMBAHAN SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PENDAFTARAN TABUNG WARISAN ANAK SELANGOR (TAWAS) PERHATIAN : Tarikh Tutup Pendaftaran Adalah Pada Hari Ulang Tahun Pertama Pemohon Syarat 1 i. Warganegara Malaysia, DAN; ii. Lahir di negeri Selangor atau luar negeri Selangor mulai 1hb Januari 2008; iii. Ibu atau Bapa lahir di negeri Selangor, ATAU Ibu atau Bapa lahir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1hb Februari 1974. Syarat 2 i. Warganegara Malaysia, DAN; ii. Lahir di negeri Selangor mulai 1hb Januari 2008, DAN; iii. Ibu dan Bapa bukan kelahiran Selangor tetapi telah menetap di Selangor minimum 5 tahun. (Perlu mendapatkan pengesahan taraf permastautin daripada Ketua Kampung/Penghulu/Pengerusi Taman Perumahan/ Ahli Parlimen/Senator/ ADUN dan Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan di kawasan tempat tinggal). Syarat 3 i. Warganegara Malaysia, DAN; ii. Lahir di luar negeri Selangor (sempadan negeri Selangor) mulai 1hb Januari 2008, DAN; iii. *Ibu dan Bapa bukan kelahiran Selangor tetapi bermastautin tetap di negeri Selangor.(Perlu mendapatkan pengesahan taraf permastautin daripada Ketua Kampung/Penghulu/Pengerusi Taman Perumahan/Ahli Parlimen/ Senator/ ADUN dan Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan di kawasan tempat tinggal). *Ini merujuk kepada Ibu dan Bapa yang bermastautin di daerah yang bersempadan dengan negeri lain. Contoh: Selangor-Perak, Selangor-Negeri Sembilan dan Selangor-Wilayah Persekutuan sahaja. Prosedur Permohonan Mendaftar melalui borang pendaftran rasmi atau daftar secara Online di sini.
TAKLIMAT TABUNG WARISAN ANAK SELANGOR (TAWAS)
Tarikh : 24hb November 2010
masa : 9.00 pagi
Tempat : Dewan Kecil Majlis Perbandaran KajangTABUNG WARISAN ANAK SELANGOR (TAWAS)
TERMA & SYARAT PERMOHONAN TAWAS
a) Sijil Kelahiran dan MyKid anak.
b) Kad pengenalan ibubapa/penjaga
*Nota : Setiap pendaftaran yang berjaya akan diberi Kad Si Manja TAWAS yang perlu disimpan dengan baik sebagai bukti penyertaan di dalam Tabung ini.
Ahad, 21 November 2010
Bergotong Royong Di Taman Zamrud, Kajang
Taman Zamrud, 07 Zulhijah = 14 November (Ahad):
Program terawal pagi minggu ini ialah menghadiri gotong royong penduduk Taman Zamraud. Program ini dianjurkan oleh Persatuan Penduduk dengan kerjasama Adun Bangi dan Zon 22. Turut hadir mulai jam 8.30 pagi ialah Yang Dipertua Persatuan Penduduk Encik Abdul Aziz bin Musa, Adun Bangi, Saudara Adram Musa Ahli Majlis MPKJ Zon 22, Ketua Lajnah Kebajikan Tuan Haji Rushdi ahli jawatankuasa dan peserta-peserta lebih kurang 100 orang. Program ini juga mendapat kerjasama dari pihak MPKj, Alam Flora, Bomba dan Jabatan Kesihatan.
Encik Abdul Aziz dalam kata-kata alu-aluannya sebelum perasmian gotong royong berterima kasih kepada semua pihak yang memberi kerjasama bagi menjayakan gotong royong. Tujuan gotong royong diadakan menurutnya, ialah untuk membersih kawasan dan membasmikan aides. Di samping itu, dapat mengeratkan hubungan antara penduduk setempat. Saudara Adram diperkenalkan dirinya oleh Pengerusi Majlis sebagai Ahli Majlis yang baru bagi Zon 22, termasuk Taman Zamrud. Semasa berucap, beliau menyebut, bahawa sebahagian dari cukai yang dibayar oleh penduduk adalah digunakan bagi mengurus sampah, jika setiap penduduk membersih kawasan rumah masing-masing kita sebenarnya membantu menyelesaikan sebahagian dari masalah kebersihan di kawasan kita.
Adun Bangi yang diminta merasmikan Program gotong royong melahirkan kegembiraan, setiap kali beliau datang ke Taman Zamrud, baik bagi gotong royong, Hari Kecemerlangan dan sambutan-sambutan yang mempesonakan dirinya melihat penduduk berbagai kaum di sini bersatu padu. Semua kaum sama ada Melayu, Cina dan India turun sama menjayakan apa-apa program yang diadakan. Sesungguhnya program yang diadakan secara tidak langsung merapatkan hubungan antara penduduk dan antara kaum. Beliau menyatakan, amalan bersih adalah amalan yang terpuji. Dengan membersih kita dapat menjaga kawasan kita menarik dan teratur dan dapat menghendar dari penyakit. Gotong royong pada hari ini, selain dari membersih kawasan dapat mencergaskan badan sebagai exercise yang dapat mengeluarkan peluh. Apabila kita sihat dapat menghendar dari penyakit. Beliau mau amalan bersih bukan saja bila bergotong royong, tetapi hendaklah menjadi budaya hidup. Ambil masa sebahagian dari hari-hari minggu dan petang-petang hari bersih kawasan. Dengan demikian kita mengekalkan kebersihan dan badan kita cukup exercise dan sihat. Ingatlah dengan mutu kesihatan yang baik membahagiakan hidup diri dan keluarga serta menceriakan hubungan sesama masyarakat. Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan gotong royong. Berhubung dengan permohonan YDP En. Abdul Aziz mengenai peruntukan untuk membaiki kerosakan bangunan Balai Komuniti, beliau berharap surat permohonan akan dihantar ke Pejabat Adun. Berikutnya Adun Bangi melancarkan perasmian gotong royong yang diikuti kemudian dengan penyampaian bantuan kepada warga mas dan mereka yang miskin sejumlah 10 orang yang terdiri dari berbagai kaum. Gotong royong berlangsung dari pagi hingga ke tengaharinya.
Sekian.
Dicatat oleh Mohd Adram bin Musa di 5:31 PTG 0 ulasan
Label: blog adun bangi
Khamis, 11 November 2010
Adun Bangi Cadang Dipulihkan AJK Surau Al-Huda Kajang Sentral
Dewan Negeri Selangor, 4 Zulhijah = 11 November (Khamis):
Ahli Dewan Negeri Selangor Y.B. Dr. Shafie Abu Bakar Adun Bangi pagi ini berpendapat tindakan yang diambil terhadap AJK Surau Al-Huda agak keras, sepatutnya cukup dengan memberi amaran. Adun Bangi mencadangkan di dalam Dewan Negeri Selangor pagi ini agar dipulihkan Jawatankuasa Surau al-Huda yang diketuai saudara Azmi Ahmad yang digantung berikut dari peristiwa kehadiran Ahli Parlimen Serdang Y.B. Teo Nie Ching ke surau itu menyampaikan bantuan cek bernilai RM1,000 dan berucap ringkas berhubung dengan kepentingan pelajaran pada 22 Ogos 2010 pertengahan Ramadhan yang lepas atas alasan:
1. Sdr. Azmi Ahmad dan AJK ini dipilih dengan sah oleh penduduk di Kajang Sentral.
2. AJK ini berusaha dari awal sejak 2003 mendapatkan tapak surau
3. Mereka memungut dana bagi mendirikan surau berkenaan
4. Kini Surau al-Huda berjaya didirikan dan mereka memakmurkannya
5. Sejak digantung surau merosot dari kehadiran jamaah
6. AJK berkenaan masih berusaha mencari dana – termasuk derma dari Ahli Parlimen Serdang dan Adun Bangi bagi melunaskan hutang yang berjumlah dalam lingkungan RM100,000.
7. Saudara Azmi dan AJK adalah mereka yang aktif bukan saja di Surau, tetapi juga di dalam Persatuan Penduduk Kajang Sentral.
8. Buat masa ini tiada kepimpinan seaktif mereka yang dapat membimbing masyarakat di Kajang Sentral
9. Keadaan sekarang merugikan penduduk
10. Terganggu dari kegiatan keilmuan yang selama ini berlangsung dengan baik.
Cadangan di atas berikut dari soalan lisan Adun Bangi dijawab oleh Exco Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Y.B. Dato` Dr. Hasan Mohamed Ali di dalam Dewan Negeri Selangor. Soalan lisan yang dikemukakan oleh Adun Bangi adalah sebagaimana berikut:
Tajuk: Isu Ahli Parlimen Serdang
Pada pertengahan Ramadhan 1431, Akhir Ogos 2010, tercetus isu Ahli Parlimen Serdang Y.B.Puan Teo Nie Ching masuk ke Surau al-Huda, Taman Sentral, Kajang kerana menyampaikan bantuan. Bertanya kepada Y.A.B. Dato` Menteri Besar:
a) Mengapa perisrtiwa di atas dijadikan isu ?
b) Apakan kedudukan hukum dari kemasukan tersebut ?
c) Akibat tindakan yang diambil surau berkenaan kekurangan dari segi jamaah. Apakah tindakan yang diambil bagi mengimarahkan kembali surau ini ?.
Dalam jawapan oleh Y.B. Dato` Dr. Hasan Ali:
a) Y.B. Dato` Dr Hasan Mohamed mengakui isu tersebut sengaja disensasi oleh pihak media cetak dan letronik bagi kepentingan politik tertentu. Beliau mengakui kehadiran Ahli Parlimen Serdang Y.B.Teo Nie Ching bertujuan baik, iaitu bagi menyampaikan cek bantuan kepada Surau al-Huda. Beliau tidak menyampaikan tazkirah sebagaimana yang dihebohkan. Beliau hanya bercakap tentang kepentingan pelajaran bagi penduduk, khususnya anak-anak penduduk setempat.
b) Dari segi hukum, menurutnya pendapat ulama tidak melarang/haram untuk dihadiri oleh bukan yang Islam, tetapi masjid/surau sebagai tempat suci mempunyai aturan-aturan yang seharusnya dipatuhi. Bagi kebanyakan masjid ada mempunyai dewan dan tempat mesyuarat. Tempat seperti ini boleh digunakan untuk pertemuan. Catatan: Surau al-Huda adalah kecil, tidak mempunyai dewan, kehadiran Ahli Parlimen waktu malam, untuk diadakan diluar adalah gelap.
c) Pihak berkuasa sedang menilai keadaan, jika didapati keadaan sudah pulih seperti biasa, cadangan boleh dipertimbangan. Kita menghormati AJK yang begitu giat dan berusaha sehingga dapat mendirikan surau yang menjadi tempat kegiatan masyarakat Islam setempat, bukan saja untuk ibadat, tetapi kegiatan kemasyarakatan, pendidikan dan sambutan-sambutan. Kita percaya jika diadakan pemilihan pun jawatankuasa ini juga yang akan dipilih.
Sekian.
Kawasan dan Taman-taman dalam MPP Zon 22
|
Rabu, 10 November 2010
Melawat Tapak Banjir di Taman Perindusrtian
Ahad, 7 November 2010
Gotong Royong, Dialog Dan Penyampaian Bantuan Di Bukit Mewah
Bukit Mewah, Kajang, 23 Zulkaedah = 31 Oktober (Ahad):
Gotong Royong berlangsung di kawasan rumah pangsa A- F (A, B, C, D, E, F) Fasa 5 & 6 sejak jam 8.30 pagi yang diatur oleh Pejabat Adun Bangi dengan kerjasama Ahli MPKj Zon 22, pihak MPKj, Persatuan Penduduk dengan disertai penduduk setempat. Aktiviti yang dijalankan ialah membersih sampah, longkang dan memotong pokok. Adun Bangi tiba jam 9.30 menyertai dan menyaksi aktiviti yang sedang dijalankan.
Bersempena gotong royong satu dialog bersama Adun dengan disertai Encik Mohd Taib Ketua Persatuan Penduduk, Encik Faisal Wakil dari MPKj dan En. Mohd Anwar Wakil Ahli MPKj Zon 22. Antara persoalan yang ditimbulkan melalui dialog ialah:
1. Jiran yang membela anjing ditingkat satu (Blok A, No 9). Tiap kali dia membersih anjing air najis basuhan darinya turun ke bawah.
(Undang-undang tidak membenarkan orang yang tinggal dirumah pangsa memelihara anjing). Juga ditimbulkan masalah anjing liar – sukar ditangkap.
2. Minta menyediakan tempat sampah dan longkang kotor. Walau bagaimana pada tempat yang disediakan tong sampah, orang lain dari tempat yang disediakan tempat membuang sampah datang membuang sampah.
3. Pasar malam menutup jalan utama, tinggal satu jalan, menyukarkan keluar masuk, terutama ketika kecemasan. (Harap berunding dengan penganjur, jika tidak pasar malam boleh ditutup).
4. Berlaku kecurian kecil, kecurian bateri lori dan roda motosikal.
(Buat repot polis di samping jaga harta supaya tidak terdedah kepada pencuri).
5. Masalah jalan masuk dari highway SILK hanya jalan keluar saja dibuka.
(Jawatankuasa sudah ditubuh diketuai oleh Saudara Chandra Ahli MPKj dan Timbalan Tuan Haji Yusof. Harap desakan digerakkan).
6. Atap hampir semua bangunan bocor
7. Sudah 25 tahun rumah pangsa dihuni, setakat ini belum dicat kembali.
(Rundingan perlu dibuat dengan Cekap Coperation di bawah Metro Kajang, agar dapat dicat kembali).
Persoalan-persoalan yang ditimbul dijawab terutama oleh En. Faisal dari MPKj, saudara Mohd Taib dari Persatuan Penduduk dan Adun Bangi. Pihak berkenaan akan dirujuk, terutama kepada MPKj agar tindakan diambil.
Selepas dialog Adun Bangi menyampaikan bantuan kepada warga mas dan mereka yang susah sempena dengan Deepavali.
Sekian.
Dicatat oleh Mohd Adram bin Musa di 6:03 PTG 0 ulasan
Label: blog adun bangi
Ahad, 17 Oktober 2010
Perjumpaan bersama wakil Penduduk Seksyen 5 BBB
17 Oktober / 9 Zulkaedah Bandar Baru Bangi - Satu perjumapaan bersama wakil-wakil penduduk seksyen 5 Bandar Baru bangi telah diadakan di Kedai makan syeksyen 5. Perjumpaan ini diadakan pada pukul 8.30 pagi dihadiri oleh Ahli maljlis, wakil penduduk seksyen 5A.5B, 5c-5d, 5e, wakil alam flora dan kontraktor.
Bertemu Penduduk Rumah Murah PKNS, Batu 15 kajang, bagi menyelesaikan masalah hakisan tanah
15 Oktober/ 7 oktober , 8.30 malam - Ahli Majlis zon 22 En Adram bin Musa sekali turun ke Taman Rumah Murah PKNS Bagi bertemu wakil penduduk kawasan tersebut. Pertemuan sebelah malam ini bagi memaklumkan dan berbincang dan menyelesaikan masah banjir yang berpunca dari longkang yang tersumbat akibat runtuh tanah dan air yang banyak sehingga longkang tersebut tidak mampu menangkung air yang banyak bila hujan turun.
Lawatan Tapak Hakisan Cerun Di Taman Bukit Kajang
Jemputan melawat tapak ini untuk makluman sebagai persediaan kalau-kalau perkara ini dibangkitkan pada musim sidang sama ada di Parlimen dan juga di Dewan Negeri, di samping dibangkitkan di MPKj. Kelulusan belum tentu dan pembaikpulihan masih juga tidak menentu. Semua masih menunggu.
Dipihak ahli Majlis meminta agar projek ini diambil berat oleh pihak-pihak terlibat. Aduan ini telah dibuat sejak 2006 lagi, namun hingga kini masih tiada tindakan bagi mengatasi masalah ini. Masalah hakisan ini bukan hanya melibatkan infankstutur sahaja, malah melibatkan ancaman keselamatan, kerana hakisan ini berhampiran rumah penduduk, rumah teres dibawanya dan atas rumah pangsa 100 tingkat. Oleh itu, perkara ini perlu diselesaikan segera, jangan bila sudah terantuk baru tengadah,..]
Masalah Hakisan Cerun Di Taman Bukit Kajang Baru: Pengajaran Betapa Ketidaktelitian Mengundang Bahaya Dan Kerugian
Bukit Kajang Baru: 07 Zulkaedah = 15 Oktober (Jumaat):
Permasalahan dihadapi yang menimbulkan pertanyaan ialah bagaimana diluluskan sebuah taman perumahan (di atas) di Jalan 12 Bukit Kajang Baru bersempadan dengan cerun bukit setinggi 20 meter dan lebar 60 meter yang membahayakan penghuni rumah teres di jalan tersebut, sekaligus membahayakan penghuni rumah apartment lima tingkat bahagian atas dari cerun bukit curam tersebut. Kerana bimbang berlakunya tanah runtuh, terutama apabila hujan lebat, maka 30% daripada penghuni rumah apartment di atas, terutama yang berhampiran dengan tebing yang curam telah berpindah. Seramai 110 penghuni saja yang masih bertahan dan terus tinggal di apartment tersebut, walaupun berdepan dengan ancaman bahaya tanah runtuh.
Aduan dari bahaya tanah runtuh ini berlaku sejak sebelum pilihanraya 1999 lagi dan berkali-kalilah Adun Kajang pada masa itu (1999-2004) menerima aduan bagi tempat ini dan juga lereng bukit yang mempunyai tangki air sebelah atas. Tindakan yang diambil, ialah membuang tanah runtuh (kini tempat ini disekat dari dimasuki) dan menutup dengan plastik bahagian yang membahayakan.
Aduan yang disenaraikan sejak 2006 hingga terkini (14.10.2010) sebenarnya adalah lanjutan dari siri aduan yang lalu yang hingga kini masih tidak berselesaian. Tindakan diambil oleh MPKj seperti menutup kawasan runtuh dengan plastik adalah bersifat sementara dan sama sekali tidak menjamin keselamatan.
Kehadiran ke sini pagi ini terdiri dari Ahli Parlimen Serdang Y.B. Teo Nie Ching, Adun Bangi Dr. Shafie Abu Bakar, Tuan Haji Shafie Ngah (Ahli MPKj), Sdr Mohd Adram Musa (Ahli MPKj), Sdr Chandra Mohan (Ahli MPKj), En. Abdul Halim bin Samah Jabatan Kejuruteraan MPKj, Pn. Komala juga dari Jabatan Kejuruteraan MPKj, En Muhammad Hambali Juruteknik Awam MPKj, Wakil dari Ikram, penduduk setempat dan beberapa yang lain sebagai memberi penjelasan dan jawapan kerana isu ini ditimbulkan di dalam MPKj, akan dibawa ke Dewan Negeri dan mungkin dibawa juga ke Parlimen.
Apa yang diterangkan bahawa pihak Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor mencadangkan kepada kerajaan Negeri melantik IKRAM untuk mengkaji dan mengenalpasti masalah dan bagaimana mengatasinya.. Laporan IKRAM disiapkan sejak Mei 2007 dengan mencadangkan anggaran kos bagi kerja-kerja peningkatan kestabilan cerun yang melibatkan dua kawasan:
a) Kawasan A melibatkan kos RM 653.000.
b) Kawasan B melibatkan kos RM 556,000
Tetapi tak diluluskan. Yang diluluskan hanya kos perkhidmatan Ikram sebanyak RM 229,648.68. Pada akhir Disember (12 Dis. 2007) pihak MPKj membuat anggaran perbelanjaan bagi membaikpulih cerun sebanyak RM1,340,750.00, tetapi tiada respond dari pihak berkaitan.
Mutakhir dimaklumkan oleh MPKj pihak Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan meluluskan peruntukan sebanyak RM1.2 juta bagi membaikpulih, tetapi apabila didapati oleh IKRAM cerun bertambah kritikal dan anggaran kos meningkat kepada RM2.8 juta. Pihak MPKj terpaksa membuat permohonan semula kepada Kementerian sejak 30.9.2010. Sementara menunggu kelulusan pihak MPKj memasang kanvas heavy dan light duty bagi mencegah hakisan.
Demikian jemputan melawat tapak ini sekadar untuk makluman sebagai persediaan kalau-kalau perkara ini dibangkitkan pada musim sidang sama ada di Parlimen dan juga di Dewan Negeri, di samping dibangkitkan di MPKj. Kelulusan belum tentu dan pembaikpulihan masih juga tidak menentu. Semua masih menunggu.
Pengajaran yang boleh diambil, kesilapan dan pengabaian dari keselamatan pembinaan rumah di cerun dan pinggir bukit dan tindakan meluluskan secara sewenang-wenang mengundang risiko kepada penghuni-penghuni dan pihak kerajaan yang demi keselamatan terpaksa mengeluarkan peruntukan baikpulih, kadang-kadang melebihi kos projek asal. Jika diteliti atau disekat dari kelulusan awal, maka duit rakyat yang perlu dikeluarkan dengan banyak dapat diselamatkan bagi pembangunan dan kepentingan rakyat di bahagian lain yang lebih berfaedah. Kita menunggu tindakan membaikpulih dan jadikan kes ini sebagai pengajaran masa depan.
Sekian.
Dicatat oleh Mohd Adram bin Musa di 7:14 PTG 0 ulasan
Label: Laman lain
AJK Surau Taman Seri Melor Gigih Berusaha Mendirikan Masjid
Shah Alam, 5 Zulkaedah = 13 Oktober (Rabu):
Kegigihan jelas pada AJK Surau Al-Mujahidin Taman Seri Melor, Bandar Baru Bangi untuk mendapat sebuah masjid menggantikan surau kecil (Surau al-Mujahidin) di tempat mereka. Atas kesungguhan mereka beberapa pihak dijemput datang hari ini ke Pejabat Y.B. Dato` Dr. Hassan Ali Exco Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infra-Struktur dan Kemudahan Awam di Tingkat Dua Bangunan SAAS. Atas kesungguhan mereka Dato` Dr. Hassan Ali sanggup menemui mereka untuk membincangkan pembinaan Masjid di Taman Seri Melor pada jam 12.30 hari ini. Turut datang untuk mesyuarat bertujuan di atas, ialah Adun Bangi, Dr. Shafie Abu Bakar, Puan Nur Faezah bt. Omar Ketua Penolong-Penolong Pegawai Daerah Hulu Langat, Tuan Haji Mazwan Johar Ahli MPKj Zon 24, Sdr. Mohd Adram bin Musa Ahli MPKj Zon 22, Encik Othman bin Hussin Wakil dari JAIS, manakala rombongan dari AJK Surau Taman Seri Melor ialah Tuan Haji Abdul Aziz bin Abu Bakar, Tuan Haji Hashim bin Abdul Rahim, Ustaz Hussaini bin Mohd. Mokhtar, Mejer Kassim bin Ismail dan Ustaz Yem bin Parmin. Kehadiran pada hari ini lebih berfokus pada permohonan tapak Masjid sebagaimana bahan dokumen utama disediakan setebal 101 halaman (termasuk lampiran) yang diberi jodol:
PERMOHONAN TANAH
UNTUK TAPAK PEMBINAAN
MASJID KOMUNITI
TAMAN SERI MELOR
Selepas kemenangan Kerajaan Pakatan, tempat ini terus digunakan. Dalam pada itu surau kecil yang dibina selepas Taman Melor mulai dihuni (1995) sering mengalami pembaikan dan penambahan oleh kerana ruangnya yang terhad. Pada satu perbincangan untuk menambah pembesaran Adun Bangi hadir. Adun mencadangkan dari usaha pembesaran di atas tanah terhad, mengapa tidak diusahakan masjid saja di atas sebahagian dari tanah & tasik berdekatan yang begitu indah itu. Ia memungkinkan menjadi salah sebuah `Masjid Terapung` sebagaimana di Puchong atau di Kuala Ibai di Kuala Terengganu.
Cetusan idea dan cadangan mendirikan masjid ini nampaknya diterima dan AJK surau mengambil cadangan ini secara serius dan mulai bertindak:
a) Mengadakan Mesyuarat Penaja bagi pembinaan masjid pada bulan November 2009.
b) Surat Sokongan dari Adun Bangi Y.B. Dr. Shafie Abu Bakar mengenai cadangan membina Masjid di Taman Melor bertarikh 14 Januari 2010. Surat sokongan dari Ahli MPKj Zon 22 Ustaz Haji Shafie Ngah pada tarikh yang sama.
c) Berusaha mencari penderma dari kalangan koperat. Berjaya menarik perhatian penderma dan bakal penderma berkenaan datang melihat lokasi pada 15 Januari 2010. Berikutnya kerja-kerja mengukur tanah dilakukan pada Januari tersebut.
d) Membuat temujanji dengan unit pewartaan JAIS pada 19 Januari 2010.
e) Kunjungan Bakal Penderma ke Surau al_Mujahidin – perbincangan mengenai masjid pada 1 Mac 2010.
f) Pertemuan AJK dengan Penolong Pengarah Unit Pembangunan JAIS mengenai pembangunan Masjid.
g) Pertemuan pertama dengan Y.B. Dato` Dr. Hasan Ali di Pusat Khidmat Adun Gombak mengenai Masjid pada 28 Mei 2010. & pada 2 Jun di Pejabat Exco, Bangunan SAAS
h) Kunjungan ke rumah S.S. Dato` Haji Khusrin bin Munawi Pengarah JAIS mohon sokongan mendirikan masjid pada 1 Ogos 2010.
i) Kunjungan Y.B. Dato` Dr. Hasan Ali ke lokasi tapak masjid pada malam Ramdhan bersamaan 28 Ogos 2010.
j) Pertemuan dengan Pegawai Daerah Hulu Langat – Tuan Haji Zainal Abidin A`la di pejabatnya pada 3 September 2010.
k) Pertemuan hari ini (13.10. 2010) dengan Y.B. Dato` Dr. Hasan Ali di Pejabatnya
Tingkat Dua Bangunan SAAS.
Adalah difahamkan pihak Bakal Penderma bersetuju memperuntukkan wang bagi pembinaan Masjid sebanyak RM9.5 juta bagi membina Masjid Terapong di Taman Seri Melor di atas tanah seluas 14 ekar (mungkin sebahagian daripadanya – termasuk tasik, jika tidak keseluruhan). Bila masjid siap dijangka dapat menampung 5,000 orang jamaah. Setakat ini peta lokasi, contoh pelan dan bangunan Masjid yang akan dibina disediakan.
Semasa perbincangan Timbul
a) Didapati Puan Nur Faezah binti Omar yang mewakili Pejabat Daerah, tidak mengetahui mengenai tanah dimaksudkan. Menurutnya beliau bukan dari bahagian tanah. Sepatutnya Tuan Haji Zulkifli Timbalan Pegawai Daerah Bahagian Tanah yang hadir. Sebab itu beliau tidak membawa sebarang maklumat.
b) Pihak AJK Penaja setakat ini belum membuat kepastian di Pejabat Tanah mengenai status tanah yang ingin didirikan masjid
c) Pihak Y.B. Dato` Dr. Hasan Ali menghubungi Tuan Pegawai Daerah Hulu Langat mengenai status tanah yang mau dipohon. Pegawai Daerah menjawab secara professional, tidak pasti mengenai tanah dimaksudkan dan perlu membuat pencarian.
Oleh yang demikian mesyuarat berpendapat pihak AJK perlu membuat rujukan status tanah secara jelas dan memberi maklumat sesudah pencarian dan dapatan sesegera mungkin.
Oleh kerana Masjid ini akan digunakan oleh lebih daripada 20 taman dan terdapat beberapa buah surau berdekatan, maka adalah dicadangkan dimasukkan wakil-wakil surau dan persatuan penduduk menganggotai AJK pembinaan surau. Dengan perlantikan mereka memperlihatkan sokongan dan kerjasama penduduk di kawasan setempat. Urusan lebih mudah dan lebih mendapat keberkatan dari Allah. Insya Allah.
Sekian.
Dicatat oleh Mohd Adram bin Musa di 7:09 PTG 0 ulasan
Label: Laman lain
mesyuarat bersama exco kerajaan Negeri bagi cadangan pembinaan Masjid taman Seri melor
Selasa, 12 Oktober 2010
Mensyuarat dan Ramah Mesra Bersama Majlis Pewakilan Penduduk
Mesyuarat bersama Majlis Pewakilan Penduduk (MPP) bagi Zon 22 telah diadakan di dewan orang ramai Taman Sri Langat pada 12 Oktober 2010 pada jam 9 malam. Mesyuarat pertama En Adram bin Musa selepas baru dilantik memegang amanah sebagai Ahli Majlis Zon 22 pada penghujung bulan Julai yang lalu. Mesyuarat ini dihadiri semua wakil bagi MPP bagi setiap kawasan.
Melawat Kawasan Bermasalah
Kajang 12 Oktober, jam 11.30 pagi- Ahli majlis telah mengambil inisiatif untuk melihat kawasan disekitar zon 22. Lawatan ini bagi melihat sendiri kawasan-kawasan yang disangki bermasalah. lawatan sekitar dua meliputi kawasan sekitar jalan reko. Antara kawasan yang dilawati, Sekolah tahfiz, sepanjang jalan reko dan sekitar kawasan Taman Seroja.
Lawatan Ahli Majlis dan MPKJ ke kawasan Tanah Runtuh
Kajang 12 Oktober - Ahli Majlis Zon 22 Adram bin Musa telah melawat tapak kejadian di Rumah Murah PKNS, Batu 15 kajang. Lawatan ini telah disertai oleh pengawai MPKJ dan kontraktor yang dilantik oleh MPKJ bagi menyelegara kawasan tersebut.
Rabu, 6 Oktober 2010
Ahad, 11 April 2010
program Night Jogathon 2010
penyampaian hadiah oleh Ahli Majlis Zon 22,Tn. Hj. Mohd Shafie bin Ngah
pemenang bergambar bersama Ahli Majlis