Kajang 12 Oktober, jam 11.30 pagi- Ahli majlis telah mengambil inisiatif untuk melihat kawasan disekitar zon 22. Lawatan ini bagi melihat sendiri kawasan-kawasan yang disangki bermasalah. lawatan sekitar dua meliputi kawasan sekitar jalan reko. Antara kawasan yang dilawati, Sekolah tahfiz, sepanjang jalan reko dan sekitar kawasan Taman Seroja.
Hasil pemerhatian ini mendapati beberapa masalah yang perlu diambil tindakan. Antara masalah penyelenggaraan kawasan di sepanjang jalan Reko tidak memuaskan. Di dapati lalang-lalang tidak di potong sehingga menutupi tanda jalan. Selain itu sampah sarap bertaburan di tepi jalan. Terdapat kawasan perumahan tidak ada tanda jalan (SignBoard). Untuk rekod dahulu, sudah lama penduduk kawasan meminta agar dipasang tanda jalan tersebut.
Di Taman Seroja, terdapat longkang perlu dibaiki dan dibina lonkamng konkrit. penyelenggaraan di kawasan ini juga didapati tidak memuaskan. Ahli Majlis akan mengambil tindakan diatas masalah-masalah tersebut.
0 ulasan:
Catat Ulasan