Ahad, 17 Oktober 2010

Bertemu Penduduk Rumah Murah PKNS, Batu 15 kajang, bagi menyelesaikan masalah hakisan tanah




15 Oktober/ 7 oktober , 8.30 malam - Ahli Majlis zon 22 En Adram bin Musa sekali turun ke Taman Rumah Murah PKNS Bagi bertemu wakil penduduk kawasan tersebut. Pertemuan sebelah malam ini bagi memaklumkan dan berbincang dan menyelesaikan masah banjir yang berpunca dari longkang yang tersumbat akibat runtuh tanah dan air yang banyak sehingga longkang tersebut tidak mampu menangkung air yang banyak bila hujan turun.


Pertemuan ini diadakan disurau taman tersebut, setelah berbincang beberapa penyelesaian di perolehi. Penduduk akan membersih bangunan yang dibina diatas longkang, ini kerana bangunan tersebut menyebabkan kerja-kerja kontraktor yang dilantik bagi menyelengara kawasan tersebut tergangu, ini antara faktor kerja-kerja penyelenggaran tidak dijalanakan mengikut yang ditetapkan. bangunan tersebut juga antara penyebab yang boleh berlaku banjir kilat disebab menghalang laluan air.
Selepas berbincang Ahli majlis dan wakil penduduk telah melihat kawasan yang berm,asalah tersebut. Sepanjang lawatan tersebut penduduk mengadu, terdapat kedai makan membuang sisa makanan tanpa menapis dahulu sisa tersebut, ini menyebabkan longkah berbau dan ini tidak menyenagi penduduk. En Adram berkesempatan bertemu tuan kedai makan tersebut, dan ia bersetuju untuk menapis sisa makanan. lawanta tersebut berakhir 10 malam.

0 ulasan:

Related Posts with Thumbnails