Taman Zamrud, 07 Zulhijah = 14 November (Ahad):
Program terawal pagi minggu ini ialah menghadiri gotong royong penduduk Taman Zamraud. Program ini dianjurkan oleh Persatuan Penduduk dengan kerjasama Adun Bangi dan Zon 22. Turut hadir mulai jam 8.30 pagi ialah Yang Dipertua Persatuan Penduduk Encik Abdul Aziz bin Musa, Adun Bangi, Saudara Adram Musa Ahli Majlis MPKJ Zon 22, Ketua Lajnah Kebajikan Tuan Haji Rushdi ahli jawatankuasa dan peserta-peserta lebih kurang 100 orang. Program ini juga mendapat kerjasama dari pihak MPKj, Alam Flora, Bomba dan Jabatan Kesihatan.
Encik Abdul Aziz dalam kata-kata alu-aluannya sebelum perasmian gotong royong berterima kasih kepada semua pihak yang memberi kerjasama bagi menjayakan gotong royong. Tujuan gotong royong diadakan menurutnya, ialah untuk membersih kawasan dan membasmikan aides. Di samping itu, dapat mengeratkan hubungan antara penduduk setempat. Saudara Adram diperkenalkan dirinya oleh Pengerusi Majlis sebagai Ahli Majlis yang baru bagi Zon 22, termasuk Taman Zamrud. Semasa berucap, beliau menyebut, bahawa sebahagian dari cukai yang dibayar oleh penduduk adalah digunakan bagi mengurus sampah, jika setiap penduduk membersih kawasan rumah masing-masing kita sebenarnya membantu menyelesaikan sebahagian dari masalah kebersihan di kawasan kita.
Adun Bangi yang diminta merasmikan Program gotong royong melahirkan kegembiraan, setiap kali beliau datang ke Taman Zamrud, baik bagi gotong royong, Hari Kecemerlangan dan sambutan-sambutan yang mempesonakan dirinya melihat penduduk berbagai kaum di sini bersatu padu. Semua kaum sama ada Melayu, Cina dan India turun sama menjayakan apa-apa program yang diadakan. Sesungguhnya program yang diadakan secara tidak langsung merapatkan hubungan antara penduduk dan antara kaum. Beliau menyatakan, amalan bersih adalah amalan yang terpuji. Dengan membersih kita dapat menjaga kawasan kita menarik dan teratur dan dapat menghendar dari penyakit. Gotong royong pada hari ini, selain dari membersih kawasan dapat mencergaskan badan sebagai exercise yang dapat mengeluarkan peluh. Apabila kita sihat dapat menghendar dari penyakit. Beliau mau amalan bersih bukan saja bila bergotong royong, tetapi hendaklah menjadi budaya hidup. Ambil masa sebahagian dari hari-hari minggu dan petang-petang hari bersih kawasan. Dengan demikian kita mengekalkan kebersihan dan badan kita cukup exercise dan sihat. Ingatlah dengan mutu kesihatan yang baik membahagiakan hidup diri dan keluarga serta menceriakan hubungan sesama masyarakat. Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan gotong royong. Berhubung dengan permohonan YDP En. Abdul Aziz mengenai peruntukan untuk membaiki kerosakan bangunan Balai Komuniti, beliau berharap surat permohonan akan dihantar ke Pejabat Adun. Berikutnya Adun Bangi melancarkan perasmian gotong royong yang diikuti kemudian dengan penyampaian bantuan kepada warga mas dan mereka yang miskin sejumlah 10 orang yang terdiri dari berbagai kaum. Gotong royong berlangsung dari pagi hingga ke tengaharinya.
Sekian.
0 ulasan:
Catat Ulasan