Kajang 12 Oktober - Ahli Majlis Zon 22 Adram bin Musa telah melawat tapak kejadian di Rumah Murah PKNS, Batu 15 kajang. Lawatan ini telah disertai oleh pengawai MPKJ dan kontraktor yang dilantik oleh MPKJ bagi menyelegara kawasan tersebut.
Lawatan mendapati kawasan tanah runtuh yang berhampiran tebing lebuhraya menyembabkan lonkang terkabus dan menyebabkan aliran air tersekat. Menurut pengawai MPKJ, kejadian ini menyebabkan air melimpah kekawasan kediaman sehingga menyebabkan banjir. malahan air yang banyak dan laju datang dari bukit menyebabkan lonkang ini tidak mampu menampung air menyebabkan keadaan lebih teruk.
Diatas saliran, didapati pondok dan reban yang dibina, ini mengangukan kerja-kerja penyelenggaraan. hasil perbincangan antara ahli majlis, MPKJ dan pihak kontraktor, pihak majlis akan mengambil tindakan segera untuk mengeluarkan notis supaya penduduk yang terlibat meroboh pondok dan reban tersebut. Pihak kontraktor juga diingatkan supaya menyelenggara mengikut jadual, dan di kehendaki melakukan dengan segera untuk memastikan kawasan sekitar diselenggara. Pihak Ahli majlis dan MPKJ bersetuju untuk mengambil tindakan segera bagi membaiki longkang dan tanah runtuh,
0 ulasan:
Catat Ulasan