Rabu, 10 November 2010

Melawat Tapak Banjir di Taman Perindusrtian



10 November 2010- Satu lawatan tapak di tapak di Taman Indusrti kajanag di Jalan Reko telah diadakan pada pukul 11 pagi. lawatan ini dihadiri wakil Ahli Majlis Zon 22, Ahli Parlimen Serdang, Ahli Majlis Zon , Ahli majlis Zon dan pengawai dari MPKJ.

Lawatan ini bertujuan melihat keadaan kawasan yang menyebabkan banjir di kawasan perindustrian. Di fahamkan sudah lebih enam tahun berlaku dan setahun dua kali akan berlaku banjir, ini merugikan peniaga di kawasan tersebut. Oleh itu penduduk memohon tindakan segera agar banjir seperti ini tidak akan berlaku.

Banjir ini berpunca dari sistem saliran yang tidak efisen. keadaan lonkang yang besar di kawasan perindustrian tidak cukup menampung air kerana saluran seterusnya dihalang, hanya sedikit sahaja air boleh lalui. terdapat dua halangan yang disyaki iaitu kawasan kilang yang saliran melaluinya dan kawasan pembinaan perumahan yang menyebabkan saliran terhalang.

Hasil lawatan didapati kawasan kilang tersebut, masih tidak tahu status dan keadaan saliran benar-benar tersumbat atau tidak. Di kwasana pembinaan perumahan Saliran sedang pembinaan. Pihak MPKJ akan menyisat dan mengambil tindakan selanjutnya. Pihak MPKJ juga diingatkan supaya memastikan kontraktor yang dilantikan agar memastikan kerja-kerja penyelenggaraan di buat mengikut jadual

0 ulasan:

Related Posts with Thumbnails