Rabu, 24 November 2010

APA ITU TAWAS




TAKLIMAT TABUNG WARISAN ANAK SELANGOR (TAWAS)

Tarikh : 24hb November 2010
masa : 9.00 pagi
Tempat : Dewan Kecil Majlis Perbandaran Kajang


TABUNG WARISAN ANAK SELANGOR (TAWAS)

Tabung Warisan Anak Selangor atau singkatanya TAWAS, merupakan antara projek penting dalam agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES). TAWAS beserta logonya selamat dilancarkan secara rasmi bersempena dengan Sambutan Ambang Merdeka Peringkat Negeri Selangor pada 30 Ogos 2008. Sebagai usaha berterusan membawa manfaat TAWAS kepada rakyat Negeri Selangor, kini kempen penyebaran maklumat dan pendaftaran peserta di setiap kawasan wakil rakyat di seluruh Selangor. Risalah dan borang pendaftaran TAWAS juga diedarkan di semua Jabatan/Agensi Negeri, termasuk semua Pejabat Daerah dan Tanah dan semua Pihak Berkuasa Tempatan di Negeri Selangor. Kini pihak TAWAS menyediakan pendaftaran secara 'On-Line' bagi mempercepatkan dan mempertingkatkan lagi usaha untuk memberi manfaat kepada rakyat Selangor.

Faedah Perlaksanaan TAWAS Kerajaan Negeri Selangor akan menghadiahkan tabung simpanan sebanyak RM 100.00 bagi setiap pendaftaran TAWAS yang berjaya. Pada usia 18 tahun, anak-anak ini berpeluang menerima RM 1,500.00 seorang hasil daripada pelaburan dalam TAWAS.


TERMA & SYARAT PERMOHONAN TAWAS

PINDAAN DAN TAMBAHAN SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PENDAFTARAN TABUNG WARISAN ANAK SELANGOR (TAWAS) PERHATIAN : Tarikh Tutup Pendaftaran Adalah Pada Hari Ulang Tahun Pertama Pemohon

Syarat 1 i. Warganegara Malaysia, DAN; ii. Lahir di negeri Selangor atau luar negeri Selangor mulai 1hb Januari 2008; iii. Ibu atau Bapa lahir di negeri Selangor, ATAU Ibu atau Bapa lahir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1hb Februari 1974.

Syarat 2 i. Warganegara Malaysia, DAN; ii. Lahir di negeri Selangor mulai 1hb Januari 2008, DAN; iii. Ibu dan Bapa bukan kelahiran Selangor tetapi telah menetap di Selangor minimum 5 tahun. (Perlu mendapatkan pengesahan taraf permastautin daripada Ketua Kampung/Penghulu/Pengerusi Taman Perumahan/ Ahli Parlimen/Senator/ ADUN dan Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan di kawasan tempat tinggal).

Syarat 3 i. Warganegara Malaysia, DAN; ii. Lahir di luar negeri Selangor (sempadan negeri Selangor) mulai 1hb Januari 2008, DAN; iii. *Ibu dan Bapa bukan kelahiran Selangor tetapi bermastautin tetap di negeri Selangor.(Perlu mendapatkan pengesahan taraf permastautin daripada Ketua Kampung/Penghulu/Pengerusi Taman Perumahan/Ahli Parlimen/ Senator/ ADUN dan Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan di kawasan tempat tinggal).

*Ini merujuk kepada Ibu dan Bapa yang bermastautin di daerah yang bersempadan dengan negeri lain. Contoh: Selangor-Perak, Selangor-Negeri Sembilan dan Selangor-Wilayah Persekutuan sahaja.


Prosedur Permohonan Mendaftar melalui borang pendaftran rasmi atau daftar secara Online di sini.

atau Pusat Pendaftaran: Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS): A1-11-2 & A1-11-3 Jalan Multimedia 7/AH, Park City, I-City, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Setiap pendaftaran hendaklah dibuat oleh ibubapa/penjaga dengan menyertakan salinan dokumen sokongan seperti berikut:
a) Sijil Kelahiran dan MyKid anak.
b) Kad pengenalan ibubapa/penjaga

*Nota : Setiap pendaftaran yang berjaya akan diberi Kad Si Manja TAWAS yang perlu disimpan dengan baik sebagai bukti penyertaan di dalam Tabung ini.

0 ulasan:

Related Posts with Thumbnails