17 Oktober / 9 Zulkaedah Bandar Baru Bangi - Satu perjumapaan bersama wakil-wakil penduduk seksyen 5 Bandar Baru bangi telah diadakan di Kedai makan syeksyen 5. Perjumpaan ini diadakan pada pukul 8.30 pagi dihadiri oleh Ahli maljlis, wakil penduduk seksyen 5A.5B, 5c-5d, 5e, wakil alam flora dan kontraktor.
Ahad, 17 Oktober 2010
Perjumpaan bersama wakil Penduduk Seksyen 5 BBB
17 Oktober / 9 Zulkaedah Bandar Baru Bangi - Satu perjumapaan bersama wakil-wakil penduduk seksyen 5 Bandar Baru bangi telah diadakan di Kedai makan syeksyen 5. Perjumpaan ini diadakan pada pukul 8.30 pagi dihadiri oleh Ahli maljlis, wakil penduduk seksyen 5A.5B, 5c-5d, 5e, wakil alam flora dan kontraktor.
Bertemu Penduduk Rumah Murah PKNS, Batu 15 kajang, bagi menyelesaikan masalah hakisan tanah
15 Oktober/ 7 oktober , 8.30 malam - Ahli Majlis zon 22 En Adram bin Musa sekali turun ke Taman Rumah Murah PKNS Bagi bertemu wakil penduduk kawasan tersebut. Pertemuan sebelah malam ini bagi memaklumkan dan berbincang dan menyelesaikan masah banjir yang berpunca dari longkang yang tersumbat akibat runtuh tanah dan air yang banyak sehingga longkang tersebut tidak mampu menangkung air yang banyak bila hujan turun.
Lawatan Tapak Hakisan Cerun Di Taman Bukit Kajang
Jemputan melawat tapak ini untuk makluman sebagai persediaan kalau-kalau perkara ini dibangkitkan pada musim sidang sama ada di Parlimen dan juga di Dewan Negeri, di samping dibangkitkan di MPKj. Kelulusan belum tentu dan pembaikpulihan masih juga tidak menentu. Semua masih menunggu.
Dipihak ahli Majlis meminta agar projek ini diambil berat oleh pihak-pihak terlibat. Aduan ini telah dibuat sejak 2006 lagi, namun hingga kini masih tiada tindakan bagi mengatasi masalah ini. Masalah hakisan ini bukan hanya melibatkan infankstutur sahaja, malah melibatkan ancaman keselamatan, kerana hakisan ini berhampiran rumah penduduk, rumah teres dibawanya dan atas rumah pangsa 100 tingkat. Oleh itu, perkara ini perlu diselesaikan segera, jangan bila sudah terantuk baru tengadah,..]
Masalah Hakisan Cerun Di Taman Bukit Kajang Baru: Pengajaran Betapa Ketidaktelitian Mengundang Bahaya Dan Kerugian
Bukit Kajang Baru: 07 Zulkaedah = 15 Oktober (Jumaat):
Permasalahan dihadapi yang menimbulkan pertanyaan ialah bagaimana diluluskan sebuah taman perumahan (di atas) di Jalan 12 Bukit Kajang Baru bersempadan dengan cerun bukit setinggi 20 meter dan lebar 60 meter yang membahayakan penghuni rumah teres di jalan tersebut, sekaligus membahayakan penghuni rumah apartment lima tingkat bahagian atas dari cerun bukit curam tersebut. Kerana bimbang berlakunya tanah runtuh, terutama apabila hujan lebat, maka 30% daripada penghuni rumah apartment di atas, terutama yang berhampiran dengan tebing yang curam telah berpindah. Seramai 110 penghuni saja yang masih bertahan dan terus tinggal di apartment tersebut, walaupun berdepan dengan ancaman bahaya tanah runtuh.
Aduan dari bahaya tanah runtuh ini berlaku sejak sebelum pilihanraya 1999 lagi dan berkali-kalilah Adun Kajang pada masa itu (1999-2004) menerima aduan bagi tempat ini dan juga lereng bukit yang mempunyai tangki air sebelah atas. Tindakan yang diambil, ialah membuang tanah runtuh (kini tempat ini disekat dari dimasuki) dan menutup dengan plastik bahagian yang membahayakan.
Aduan yang disenaraikan sejak 2006 hingga terkini (14.10.2010) sebenarnya adalah lanjutan dari siri aduan yang lalu yang hingga kini masih tidak berselesaian. Tindakan diambil oleh MPKj seperti menutup kawasan runtuh dengan plastik adalah bersifat sementara dan sama sekali tidak menjamin keselamatan.
Kehadiran ke sini pagi ini terdiri dari Ahli Parlimen Serdang Y.B. Teo Nie Ching, Adun Bangi Dr. Shafie Abu Bakar, Tuan Haji Shafie Ngah (Ahli MPKj), Sdr Mohd Adram Musa (Ahli MPKj), Sdr Chandra Mohan (Ahli MPKj), En. Abdul Halim bin Samah Jabatan Kejuruteraan MPKj, Pn. Komala juga dari Jabatan Kejuruteraan MPKj, En Muhammad Hambali Juruteknik Awam MPKj, Wakil dari Ikram, penduduk setempat dan beberapa yang lain sebagai memberi penjelasan dan jawapan kerana isu ini ditimbulkan di dalam MPKj, akan dibawa ke Dewan Negeri dan mungkin dibawa juga ke Parlimen.
Apa yang diterangkan bahawa pihak Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor mencadangkan kepada kerajaan Negeri melantik IKRAM untuk mengkaji dan mengenalpasti masalah dan bagaimana mengatasinya.. Laporan IKRAM disiapkan sejak Mei 2007 dengan mencadangkan anggaran kos bagi kerja-kerja peningkatan kestabilan cerun yang melibatkan dua kawasan:
a) Kawasan A melibatkan kos RM 653.000.
b) Kawasan B melibatkan kos RM 556,000
Tetapi tak diluluskan. Yang diluluskan hanya kos perkhidmatan Ikram sebanyak RM 229,648.68. Pada akhir Disember (12 Dis. 2007) pihak MPKj membuat anggaran perbelanjaan bagi membaikpulih cerun sebanyak RM1,340,750.00, tetapi tiada respond dari pihak berkaitan.
Mutakhir dimaklumkan oleh MPKj pihak Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan meluluskan peruntukan sebanyak RM1.2 juta bagi membaikpulih, tetapi apabila didapati oleh IKRAM cerun bertambah kritikal dan anggaran kos meningkat kepada RM2.8 juta. Pihak MPKj terpaksa membuat permohonan semula kepada Kementerian sejak 30.9.2010. Sementara menunggu kelulusan pihak MPKj memasang kanvas heavy dan light duty bagi mencegah hakisan.
Demikian jemputan melawat tapak ini sekadar untuk makluman sebagai persediaan kalau-kalau perkara ini dibangkitkan pada musim sidang sama ada di Parlimen dan juga di Dewan Negeri, di samping dibangkitkan di MPKj. Kelulusan belum tentu dan pembaikpulihan masih juga tidak menentu. Semua masih menunggu.
Pengajaran yang boleh diambil, kesilapan dan pengabaian dari keselamatan pembinaan rumah di cerun dan pinggir bukit dan tindakan meluluskan secara sewenang-wenang mengundang risiko kepada penghuni-penghuni dan pihak kerajaan yang demi keselamatan terpaksa mengeluarkan peruntukan baikpulih, kadang-kadang melebihi kos projek asal. Jika diteliti atau disekat dari kelulusan awal, maka duit rakyat yang perlu dikeluarkan dengan banyak dapat diselamatkan bagi pembangunan dan kepentingan rakyat di bahagian lain yang lebih berfaedah. Kita menunggu tindakan membaikpulih dan jadikan kes ini sebagai pengajaran masa depan.
Sekian.
Dicatat oleh Mohd Adram bin Musa di 7:14 PTG 0 ulasan
Label: Laman lain
AJK Surau Taman Seri Melor Gigih Berusaha Mendirikan Masjid
Shah Alam, 5 Zulkaedah = 13 Oktober (Rabu):
Kegigihan jelas pada AJK Surau Al-Mujahidin Taman Seri Melor, Bandar Baru Bangi untuk mendapat sebuah masjid menggantikan surau kecil (Surau al-Mujahidin) di tempat mereka. Atas kesungguhan mereka beberapa pihak dijemput datang hari ini ke Pejabat Y.B. Dato` Dr. Hassan Ali Exco Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infra-Struktur dan Kemudahan Awam di Tingkat Dua Bangunan SAAS. Atas kesungguhan mereka Dato` Dr. Hassan Ali sanggup menemui mereka untuk membincangkan pembinaan Masjid di Taman Seri Melor pada jam 12.30 hari ini. Turut datang untuk mesyuarat bertujuan di atas, ialah Adun Bangi, Dr. Shafie Abu Bakar, Puan Nur Faezah bt. Omar Ketua Penolong-Penolong Pegawai Daerah Hulu Langat, Tuan Haji Mazwan Johar Ahli MPKj Zon 24, Sdr. Mohd Adram bin Musa Ahli MPKj Zon 22, Encik Othman bin Hussin Wakil dari JAIS, manakala rombongan dari AJK Surau Taman Seri Melor ialah Tuan Haji Abdul Aziz bin Abu Bakar, Tuan Haji Hashim bin Abdul Rahim, Ustaz Hussaini bin Mohd. Mokhtar, Mejer Kassim bin Ismail dan Ustaz Yem bin Parmin. Kehadiran pada hari ini lebih berfokus pada permohonan tapak Masjid sebagaimana bahan dokumen utama disediakan setebal 101 halaman (termasuk lampiran) yang diberi jodol:
PERMOHONAN TANAH
UNTUK TAPAK PEMBINAAN
MASJID KOMUNITI
TAMAN SERI MELOR
Selepas kemenangan Kerajaan Pakatan, tempat ini terus digunakan. Dalam pada itu surau kecil yang dibina selepas Taman Melor mulai dihuni (1995) sering mengalami pembaikan dan penambahan oleh kerana ruangnya yang terhad. Pada satu perbincangan untuk menambah pembesaran Adun Bangi hadir. Adun mencadangkan dari usaha pembesaran di atas tanah terhad, mengapa tidak diusahakan masjid saja di atas sebahagian dari tanah & tasik berdekatan yang begitu indah itu. Ia memungkinkan menjadi salah sebuah `Masjid Terapung` sebagaimana di Puchong atau di Kuala Ibai di Kuala Terengganu.
Cetusan idea dan cadangan mendirikan masjid ini nampaknya diterima dan AJK surau mengambil cadangan ini secara serius dan mulai bertindak:
a) Mengadakan Mesyuarat Penaja bagi pembinaan masjid pada bulan November 2009.
b) Surat Sokongan dari Adun Bangi Y.B. Dr. Shafie Abu Bakar mengenai cadangan membina Masjid di Taman Melor bertarikh 14 Januari 2010. Surat sokongan dari Ahli MPKj Zon 22 Ustaz Haji Shafie Ngah pada tarikh yang sama.
c) Berusaha mencari penderma dari kalangan koperat. Berjaya menarik perhatian penderma dan bakal penderma berkenaan datang melihat lokasi pada 15 Januari 2010. Berikutnya kerja-kerja mengukur tanah dilakukan pada Januari tersebut.
d) Membuat temujanji dengan unit pewartaan JAIS pada 19 Januari 2010.
e) Kunjungan Bakal Penderma ke Surau al_Mujahidin – perbincangan mengenai masjid pada 1 Mac 2010.
f) Pertemuan AJK dengan Penolong Pengarah Unit Pembangunan JAIS mengenai pembangunan Masjid.
g) Pertemuan pertama dengan Y.B. Dato` Dr. Hasan Ali di Pusat Khidmat Adun Gombak mengenai Masjid pada 28 Mei 2010. & pada 2 Jun di Pejabat Exco, Bangunan SAAS
h) Kunjungan ke rumah S.S. Dato` Haji Khusrin bin Munawi Pengarah JAIS mohon sokongan mendirikan masjid pada 1 Ogos 2010.
i) Kunjungan Y.B. Dato` Dr. Hasan Ali ke lokasi tapak masjid pada malam Ramdhan bersamaan 28 Ogos 2010.
j) Pertemuan dengan Pegawai Daerah Hulu Langat – Tuan Haji Zainal Abidin A`la di pejabatnya pada 3 September 2010.
k) Pertemuan hari ini (13.10. 2010) dengan Y.B. Dato` Dr. Hasan Ali di Pejabatnya
Tingkat Dua Bangunan SAAS.
Adalah difahamkan pihak Bakal Penderma bersetuju memperuntukkan wang bagi pembinaan Masjid sebanyak RM9.5 juta bagi membina Masjid Terapong di Taman Seri Melor di atas tanah seluas 14 ekar (mungkin sebahagian daripadanya – termasuk tasik, jika tidak keseluruhan). Bila masjid siap dijangka dapat menampung 5,000 orang jamaah. Setakat ini peta lokasi, contoh pelan dan bangunan Masjid yang akan dibina disediakan.
Semasa perbincangan Timbul
a) Didapati Puan Nur Faezah binti Omar yang mewakili Pejabat Daerah, tidak mengetahui mengenai tanah dimaksudkan. Menurutnya beliau bukan dari bahagian tanah. Sepatutnya Tuan Haji Zulkifli Timbalan Pegawai Daerah Bahagian Tanah yang hadir. Sebab itu beliau tidak membawa sebarang maklumat.
b) Pihak AJK Penaja setakat ini belum membuat kepastian di Pejabat Tanah mengenai status tanah yang ingin didirikan masjid
c) Pihak Y.B. Dato` Dr. Hasan Ali menghubungi Tuan Pegawai Daerah Hulu Langat mengenai status tanah yang mau dipohon. Pegawai Daerah menjawab secara professional, tidak pasti mengenai tanah dimaksudkan dan perlu membuat pencarian.
Oleh yang demikian mesyuarat berpendapat pihak AJK perlu membuat rujukan status tanah secara jelas dan memberi maklumat sesudah pencarian dan dapatan sesegera mungkin.
Oleh kerana Masjid ini akan digunakan oleh lebih daripada 20 taman dan terdapat beberapa buah surau berdekatan, maka adalah dicadangkan dimasukkan wakil-wakil surau dan persatuan penduduk menganggotai AJK pembinaan surau. Dengan perlantikan mereka memperlihatkan sokongan dan kerjasama penduduk di kawasan setempat. Urusan lebih mudah dan lebih mendapat keberkatan dari Allah. Insya Allah.
Sekian.
Dicatat oleh Mohd Adram bin Musa di 7:09 PTG 0 ulasan
Label: Laman lain
mesyuarat bersama exco kerajaan Negeri bagi cadangan pembinaan Masjid taman Seri melor
Selasa, 12 Oktober 2010
Mensyuarat dan Ramah Mesra Bersama Majlis Pewakilan Penduduk
Mesyuarat bersama Majlis Pewakilan Penduduk (MPP) bagi Zon 22 telah diadakan di dewan orang ramai Taman Sri Langat pada 12 Oktober 2010 pada jam 9 malam. Mesyuarat pertama En Adram bin Musa selepas baru dilantik memegang amanah sebagai Ahli Majlis Zon 22 pada penghujung bulan Julai yang lalu. Mesyuarat ini dihadiri semua wakil bagi MPP bagi setiap kawasan.
Melawat Kawasan Bermasalah
Kajang 12 Oktober, jam 11.30 pagi- Ahli majlis telah mengambil inisiatif untuk melihat kawasan disekitar zon 22. Lawatan ini bagi melihat sendiri kawasan-kawasan yang disangki bermasalah. lawatan sekitar dua meliputi kawasan sekitar jalan reko. Antara kawasan yang dilawati, Sekolah tahfiz, sepanjang jalan reko dan sekitar kawasan Taman Seroja.
Lawatan Ahli Majlis dan MPKJ ke kawasan Tanah Runtuh
Kajang 12 Oktober - Ahli Majlis Zon 22 Adram bin Musa telah melawat tapak kejadian di Rumah Murah PKNS, Batu 15 kajang. Lawatan ini telah disertai oleh pengawai MPKJ dan kontraktor yang dilantik oleh MPKJ bagi menyelegara kawasan tersebut.