Ahad, 10 April 2011

Berjumpa dengan pengadu di Taman Bukit mewah fasa 9








9/4/2011 jam 1.30 petang



Berjumpa dengan puan Komala dan dato kamaruddin



Perjumpaan ini bertujuan untuk mengetahui isu yang timbul di Taman Bukit Mewah Fasa 9. pusat Khidmat ahli majlis dimaklumkan bahawa terdapat seekor anjing mati disebatkan terkena renjetan elektrik dari wayar yang keluar dari tiang lampu tiang lampu. Perkara ini sangat membimbangkan kerana ia juga membahaya kepada penduduk kerana disitu kawasan Taman Permainan. Difahamkan juga pengadu banyak kali membuat aduan kepada pihak MPKj terhadap beberap isu namun tidak diambil tindakan proaktif. Adun ini telah dibuat sejak 2 tahun lepas lagi. antara isu lain yang timbul ialah:







  1. Pintu pagar di taman tersebut rosak kerana menjadi tempat laluan pendatang asing





  2. Rumput dan pokok tidak diselenggara, sehingga penduduk terpaksa ambil inisiatif untuk melakukan sendiri.





  3. Lampu disekitar taman tidak menyala




  4. Semak yang berdekatan sering menyebab ular masuk kekawasan rumah





  5. terdapat longkang ditaman tidak diselenggara




0 ulasan:

Related Posts with Thumbnails