-Dari pejabat adun
BBB, 09 Jamadil Akhir = 13 Mei ( Jumaat):
Hasil dari retreat Adun-Adun biasa Pakatan Rakyat yang diadakan pada tahun lepas di Golden Palm Resort, Kuala Langat atas perbelanjaan sendiri – antara lain dari resolusi ialah memohon dari pihak kerajaan negeri Selangor memperuntukkan kepada setiap Adun bagi kawasan masing-masing peruntukan tahunan sebanyak RMi juta ringgit. Permohonan tersebut telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri Selangor mulai tahun 2011. Kewangan digunakan dari peruntukan wang Maris. Setiap Adun diberi hak menentukan jalan yang mau diperbaiki di Dun masing-masing. Kebenaran juga diberi kepada Adun menentukan jalan-jalan kawasan kampong untuk dibaiki. Tiap Adun diminta membuat senarai jalan dan jangkaan perbelanjaan (peruntukan) sehingga berjumlah satu juta ringgit. Taklimat cara memohon juga diberi oleh bahagian Bendahari Negeri. Adun dikehendaki mengemukakan permohonan melalui PBT kawasan masing-masing jangan lewat dari akhir Mac 2011.
Pihak Adun Bangi telah mengemukakan permohonan dan menghantarkannya pada akhir Mac 2011 kepada MPKj dibawa oleh Tuan Haji Mazwan Johar Ahli MPKj di bawah Dun Bangi, tetapi pihak MPKj menolak proposal yang dihantar, kerana konon peruntukan hanya untuk taman, tidak termasuk kampong. Pihak pegawai di MPKj memaklumkan pihaknya telah membuat proposal sendiri dan mencadangkan hanya dua daripada cadangan Adun yang melibatkan taman dimasukkan ke dalam proposal yang disiapkan. Apabila Adun dimaklumkan mengenai cadangan pihak MPKj yang bercanggah dengan taklimat dari pihak kewangan negeri, Adun Bangi mengarah Tuan Haji Mazwan supaya mengambil balik permohonan Adun Bangi kerana kemungkinan akan berlaku penyelewengan dan bersifat kroni.
Adun mengarah kerani di Pejabat Adun menghantar sendiri dan menyerah secara tangan ke Pejabat Bendahari di Bangunan SSAAS pada 11 April 2011, walaupun sedikit lewat dari tempoh sebenar. Untuk mendapat kepastian tentang permohonan, maka Adun bertanya kepada Pejabat Bendahari Negeri pada 10 Mei 2011. Pihak Pejabat Bendahari memaklumkan bahawa kelulusan dan kewangan telah dihantar ke Pejabat MPKj pada hari Lawatan YAB Dato` Menteri Besar Selangor ke Hulu Langat pada 6 Mei, 2011. Al-Hamdulillah. Menurut Pegawai Kewangan Kanan di Pejabat Bendahari kelulusan menurut apa yang dipohon oleh Adun Bangi dan tidak diubah. Surat dan rumusan dari permohonan adalah sebagaimana di bawah.
SENARAI PERMOHONAN PROJEK JALANRAYA DAN INFRASTRUKTUR DI BAWAH DUN BANGI (Rumusan)
Bil | Perkara | Kontraktor | Jumlah |
1 | Cadangan Kerja-Kerja Menurap Semula Jalan Yang Rosak Di Jalan Menteri Dan Jalan Sentosa Di Sg Ramal Baru Sepanjang 4500 Meter | Razzel Enterprise No 21 Jalan Permai Satu Taman Permai 43000 Kajang | RM 126,000 |
2 | Kerja-Kerja Menurap Jalan Di Jalan Kajang 6 Dan Kajang 2 Berhadapan Surau Al-Hikmah Taman Kajang Raya Sepanjang 4193 Meter Persegi Dan Jalan Berhadapan Surau Taman Jasmin 600 Meter Persegi Dan Taman Kenari 600 Meter Persegi | Monadz Enterprise No 11 Lorong Permai 1/1, Taman Permai, 43000 Kajang | RM 151,004 |
3 | Cadangan Kerja-Kerja Menurap Semula Jalan Yang Rosak Di Jalan Rahmat 1 Kampung Teras Jernang Bangi Sepanjang 5000 Meter Persegi | Syarikat Norfeeda Lot 39, Jalan Cheras Batu 12, 43000 Kajang | RM 140,000 |
4 | Cadangan Untuk Kerja-Kerja Menurap Jalan Dan Membina Longkang Di Kampung Bahagia Dan Kampung Bangi, Bangi Selangor | Lima Fitri Enterprise Unit 2-20, Blok Mutiara D, Taman Desa Baiduri, 56000 Cheras | RM 198,270 |
5 | Cadangan Untuk Kerja-Kerja Menurap Jalan Di Kampung Sg Tangkas, Bangi Selangor | Terasinar Enterprise No 6, Jalan Intan 2, Taman Sri Nanding, 43100 Hulu Langat | RM 106,930 |
6 | Cadangan Untuk Kerja-Kerja Menurap Jalan Kampung Sungai Ramal Dalam, Kajang | Shukur Bina Enterprise Zd2-17, Blok Zamrud D, Taman Desa Baiduri Batu 6, Cheras 56000 Selangor | RM 198,200 |
7 | Kerja-Kerja Memecah Dan Menukar Longkang Yang Rosak Serta Membina Tembok Setinggi 2 Kaki Sepanjang 500 Meter Dan Kerja-Kerja Yang Berkaitan Dengannya Di Sepanjang Jalan Utama Kampung Teras Jernang, Bangi. Kerja-Kerja Mengganti Longkang Sepanjang 320 Meter Di Kg Aman, Bangi | Anje Enterprise No 46, Jalan 4/3, 43650 Bandar Baru Bangi | RM 103,000 |
|
| Jumlah Keseluruhan | RM 1,023,404 |
Walau bagaimana adjustment dari segi jumlah peruntukan akan dilakukan, kerana anggaran yang dibuat mungkin tidak tepat. Adun mengarah pihak Ahli MPKj – Tuan Haji Mazwan Johar membuat pemantauan dan Adun juga akan memastikan apa yang dipohon akan diselenggarakan dengan sebaik mungkin, terutama pembaikan jalan di jalan-jalan kampong yang selama ini kurang diberi perhatian.
Sekian.
0 ulasan:
Catat Ulasan