Ahad, 15 Mei 2011

KONVENSYEN PERSATUAN-PERSATUAN PENDUDUK DUN BANGI

Tarikh : 21 Mei 2011 (Sabtu)
Masa : 1.30 petang hingga 6.30 petang
Tempat : Bilik Seri Cempaka, Kompleks PKNS Bandar Baru Bangi

Konvensyen yang akan dianjurkan ini adalah bertujuan untuk membolehkan para pemimpin penduduk setempat mendapatkan gambaran dan maklumat sebenar berhubung sesuatu dasar atau produk Kerajaan Negeri; membolehkan para pemimpin penduduk menjadi agen penyampai maklumat kepada masyarakat setempat; memberi ruang kepada para pemimpin setempat untuk mengenali dan berinteraksi secara terus dengan wakil rakyat dan Ahli Majlis di kawasan masing-masing; dan membentuk gabungan persatuan-persatuan penduduk di dalam Dun Bangi


Anjuran Pejabat Ahli Majlis MPKj Zon 14, 20, 21, 22, 23 dan 24 dengan kerjasama Pejabat ADUN Bangi

RM Satu Juta Permohonan Adun Bangi Untuk Membaiki Jalan Di Dun Bangi Lulus

-Dari pejabat adun

BBB, 09 Jamadil Akhir = 13 Mei ( Jumaat):


Hasil dari retreat Adun-Adun biasa Pakatan Rakyat yang diadakan pada tahun lepas di Golden Palm Resort, Kuala Langat atas perbelanjaan sendiri – antara lain dari resolusi ialah memohon dari pihak kerajaan negeri Selangor memperuntukkan kepada setiap Adun bagi kawasan masing-masing peruntukan tahunan sebanyak RMi juta ringgit. Permohonan tersebut telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri Selangor mulai tahun 2011. Kewangan digunakan dari peruntukan wang Maris. Setiap Adun diberi hak menentukan jalan yang mau diperbaiki di Dun masing-masing. Kebenaran juga diberi kepada Adun menentukan jalan-jalan kawasan kampong untuk dibaiki. Tiap Adun diminta membuat senarai jalan dan jangkaan perbelanjaan (peruntukan) sehingga berjumlah satu juta ringgit. Taklimat cara memohon juga diberi oleh bahagian Bendahari Negeri. Adun dikehendaki mengemukakan permohonan melalui PBT kawasan masing-masing jangan lewat dari akhir Mac 2011.


Pihak Adun Bangi telah mengemukakan permohonan dan menghantarkannya pada akhir Mac 2011 kepada MPKj dibawa oleh Tuan Haji Mazwan Johar Ahli MPKj di bawah Dun Bangi, tetapi pihak MPKj menolak proposal yang dihantar, kerana konon peruntukan hanya untuk taman, tidak termasuk kampong. Pihak pegawai di MPKj memaklumkan pihaknya telah membuat proposal sendiri dan mencadangkan hanya dua daripada cadangan Adun yang melibatkan taman dimasukkan ke dalam proposal yang disiapkan. Apabila Adun dimaklumkan mengenai cadangan pihak MPKj yang bercanggah dengan taklimat dari pihak kewangan negeri, Adun Bangi mengarah Tuan Haji Mazwan supaya mengambil balik permohonan Adun Bangi kerana kemungkinan akan berlaku penyelewengan dan bersifat kroni.


Adun mengarah kerani di Pejabat Adun menghantar sendiri dan menyerah secara tangan ke Pejabat Bendahari di Bangunan SSAAS pada 11 April 2011, walaupun sedikit lewat dari tempoh sebenar. Untuk mendapat kepastian tentang permohonan, maka Adun bertanya kepada Pejabat Bendahari Negeri pada 10 Mei 2011. Pihak Pejabat Bendahari memaklumkan bahawa kelulusan dan kewangan telah dihantar ke Pejabat MPKj pada hari Lawatan YAB Dato` Menteri Besar Selangor ke Hulu Langat pada 6 Mei, 2011. Al-Hamdulillah. Menurut Pegawai Kewangan Kanan di Pejabat Bendahari kelulusan menurut apa yang dipohon oleh Adun Bangi dan tidak diubah. Surat dan rumusan dari permohonan adalah sebagaimana di bawah.


SENARAI PERMOHONAN PROJEK JALANRAYA DAN INFRASTRUKTUR DI BAWAH DUN BANGI (Rumusan)

Bil

Perkara

Kontraktor

Jumlah

1

Cadangan Kerja-Kerja Menurap Semula Jalan Yang Rosak Di Jalan Menteri Dan Jalan Sentosa Di Sg Ramal Baru Sepanjang 4500 Meter

Razzel Enterprise

No 21 Jalan Permai Satu Taman Permai 43000 Kajang

RM 126,000

2

Kerja-Kerja Menurap Jalan Di Jalan Kajang 6 Dan Kajang 2 Berhadapan Surau Al-Hikmah Taman Kajang Raya Sepanjang 4193 Meter Persegi Dan Jalan Berhadapan Surau Taman Jasmin 600 Meter Persegi Dan Taman Kenari 600 Meter Persegi

Monadz Enterprise

No 11 Lorong Permai 1/1, Taman Permai, 43000 Kajang

RM 151,004

3

Cadangan Kerja-Kerja Menurap Semula Jalan Yang Rosak Di Jalan Rahmat 1 Kampung Teras Jernang Bangi Sepanjang 5000 Meter Persegi

Syarikat Norfeeda

Lot 39, Jalan Cheras Batu 12, 43000 Kajang

RM 140,000

4

Cadangan Untuk Kerja-Kerja Menurap Jalan Dan Membina Longkang Di Kampung Bahagia Dan Kampung Bangi, Bangi Selangor

Lima Fitri Enterprise

Unit 2-20, Blok Mutiara D, Taman Desa Baiduri, 56000 Cheras

RM 198,270

5

Cadangan Untuk Kerja-Kerja Menurap Jalan Di Kampung Sg Tangkas, Bangi Selangor

Terasinar Enterprise

No 6, Jalan Intan 2, Taman Sri Nanding, 43100 Hulu Langat

RM 106,930

6

Cadangan Untuk Kerja-Kerja Menurap Jalan Kampung Sungai Ramal Dalam, Kajang

Shukur Bina Enterprise Zd2-17, Blok Zamrud D, Taman Desa Baiduri Batu 6, Cheras 56000 Selangor

RM 198,200

7

Kerja-Kerja Memecah Dan Menukar Longkang Yang Rosak Serta Membina Tembok Setinggi 2 Kaki Sepanjang 500 Meter Dan Kerja-Kerja Yang Berkaitan Dengannya Di Sepanjang Jalan Utama Kampung Teras Jernang, Bangi. Kerja-Kerja Mengganti Longkang Sepanjang 320 Meter Di Kg Aman, Bangi

Anje Enterprise

No 46, Jalan 4/3, 43650 Bandar Baru Bangi

RM 103,000



Jumlah Keseluruhan

RM 1,023,404


Walau bagaimana adjustment dari segi jumlah peruntukan akan dilakukan, kerana anggaran yang dibuat mungkin tidak tepat. Adun mengarah pihak Ahli MPKj – Tuan Haji Mazwan Johar membuat pemantauan dan Adun juga akan memastikan apa yang dipohon akan diselenggarakan dengan sebaik mungkin, terutama pembaikan jalan di jalan-jalan kampong yang selama ini kurang diberi perhatian.


Sekian.

Tahun Baru India


14 mei Jaln reko- Satu majlis sambutan tahun baru India yang dianjurkan oleh perjabat ADNS Bangi dengan kerjasa pejabat ahlimajlis Zon 22 telah diadakan. Program ini telah diadakan didewan MPKJ dijalan Reko. Program, ini mendapat sambutan yang baik dari penduduk

Program Di apartmen Kajang Utama

8 Mei 2011- Inisiatif penduduk Apartment dan KRT Taman Kajang Utama telah mengadakan satu program penduduk bertemu Ahlimajlis dan Adun. program ini bagi mempertemukan ahlimajlis dan penduduk bagi menda[ar maklumat dari ahli majlis dan juga ramah mesra. priogram ini mendapat sambutan dari penduduk aparment tersebuit

Rabu, 27 April 2011

Meraikan Pelajar Cemerlang DUN Bangi

BBB, 20 Jamadil Awal = 24 April (Ahad):


Pagi ini Adun Bangi meraikan pelajar-pelajar cemerlang SPM, STPM & STUM 2010 bertempat di Ruang Legar, PKNS, BBB. Pelajar-pelajar yang diberi penghargaan adalah pelajar-pelajar yang mencapai semua A bagi peringkat SPM dan mencapai 3.5 ke atas bagi STPM & STUM. Seramai 82 pelajar cemerlang dapat didaftarkan. Mereka yang diberi pengiktirafan ini adalah pelajar-pelajar di Sekolah-sekolah menengah di DUN Bangi dan juga pelajar-pelajar dari Bangi yang belajar di luar Bangi – asalkan mereka dari DUN Bangi. Setengah Sekolah memberi kerjasama yang baik memberi maklumat pelajar-pelajar cemerlang mereka.

Pelajar-pelajar dan ibu bapa yang hadir mengiringi mereka kelihatan ceria dan majlis adalah amat meriah mengungguli kejayaan pelajar-pelajar cemerlang. Ruang legar kelihatan penuh dengan bukan saja pelajar dan ibu bapa, tetapi penonton-penonton yang datang bertujuan lain, tetapi terpaku mengapresiasi majlis gemilang yang jarang diadakan sedemikian. Sebelum majlis anugerah pengiktirafan, pelajar-pelajar dibawa dimotivasi oleh Ustaz Nushi Mahfodz dan berbincang dengan penganjur di Bilik Cempaka, PKNS.

Ketibaan Adun jam 11.00 pagi dengan salam mesra dan bergema jawapan dari para tetamu yang berdiri memberi hormat. Walaupun ianya satu majlis sederhana, tetapi hebatnya bagai hari pengiktirafan dengan penerimaan ijazah. Hadir bersama di dalam majlis ialah saudara Adram Musa Ahli MPKj, Puan Arbaisah Pengarah yang bertungkus lumus sejak berminggu lepas bagi menjayakan majlis gemilang berprestej ini. Majlis bermula dengan ucapan alu-aluan dari Puan Arbaisah yang mengucap tahniah kepada pelajar-pelajar cemerlang dan berterima kasih kepada ibu bapa yang mengiringi anak-anak masing-masing dengan penuh kasih mesra. Beliau meminta maaf, terdapat mereka yang hantar keputusan cemerlang, tetapi terdapat satu mata pelajaran B, maka terpaksa ditolak. Pendek kata pemilihan adalah mereka yang benar-benar cemerlang.

Adun dalam ucapan pengraian mengucap tahniah kepada semua pelajar cemerlang yang terpilih menerima anugerah pengiktirafan pada hari ini dan berharap agar pengiktirafan kecil ini menjadi katalis yang menggerak pelajar-pelajar meningkatkan daya usaha bagi mencapai kejayaan berganda pada masa hadapan. Menurut Adun adalah menjadi budaya tahunan Adun memperuntukkan sejumlah besar kewangan bagi memberi pengiktirafan kepada pelajar-pelajar cemerlang. Kerana ianya selari dengan hasrat Dun Bangi memprojekkan Bangi sebagai Bandar Ilmu. Adun Bangi menyebut, bahawa kejayaan anak-anak ada kaitan dengan ibu bapa anak-anak yang berjaya dalam pelajaran dan kerjaya mereka yang melayakkan mereka berada di Bandar Baru Bangi sebagai Bandar Ilmu. Sememangnya masyarakat Bangi adalah masyarakat intelektual. Mereka berkhidmat di berbagai pengajian tinggi yang 18 buah dari universiti berada di Bangi dan sekeliling Bangi. Mereka juga bekerja di berpuluh-puluh pusat penyelidikan dan latihan yang berada di Bangi.

Adun berharap anak-anak cemerlang akan menyambung pelajaran dan kelak menggantikan tempat ibu bapa. Adun mengingatkan kompetasi masa depan lebih tinggi kerana makin ramai mereka yang berkelayakan dan berkemampuan merebut peluang berada di sini, sebab itu anak-anak perlu mengejar kejayaan melebihi dari kejayaan yang dicapai oleh ibu bapa. Adun Bangi menyebut, bahawa ibu bapa yang tinggal di Bangi berjaya menjadikan budaya hidup di Bangi, bukan saja sebagai kelompok intelek, tetapi Bandar yang bersemarak dengan kegiatan keslaman beradun keilmuan. Adun mengharap kelak dari kalangan pelajar cemerlang akan lahir dari Bangi pemimpin-pemimpin berwibawa, tokoh-tokoh keilmuan dan mereka yang berjaya di dalam berbagai bidang kerjaya. Teruskan menggapai kecemerlangan.


~Mohd Rashid bin Ramali bersama ibunya~


Agenda puncak ialah penyampaian anugerah dan sijil kepada setiap orang daripada 82 pelajar cemerlang. Senarai nama mereka terakam di dalam helaian program yang diedarkan. Ternyata mereka amat bergembira dengan penghormatan yang kami berikan kepada mereka. Dua pelajar paling cemerlang dipilih. Ibu bapa bapa mereka dijemput sama naik ke pentas menerima anugerah dan pengiktirafan. Semasa penyampaian anugerah Adun berkesempatan bertanya pelajar-pelajar cemerlang ke universiti manakah mereka akan menyambung pengajian. 50% daripada mereka mau menyambung pengajian ke luar Negara. Tempat pilihan utama mereka ke England. Sebahagian daripada mereka memilih universiti terkenal tempatan. Bidang yang menjadi pilihan utama pula ialah perubatan. Selepas bergambar beramai-ramai dengan pelajar-pelajar cemerlang ramai daripada ibu bapa meminta bergambar bersama dengan Adun dan anak-anak mereka. Kita memberi ruang dan peluang, walaupun Adun perlu berkejar ke program yang lain berikutnya.

~Farah Hanisah binti Muhammad Hisham bersama ibu bapanya~


Tahniah di atas kejayaan – teruskan dengan kecemerlangan.

Sekian.


Senarai Nama Pelajar Cemerlang:


Seminar Tranformasi Usahawan Negeri Selangor 2011

Program Seminar Transformasi Usahawan Negeri Selangor 2011 akan diadakan seperti ketetapan berikut:



Tarikh : 4 Mei 2011


Masa : 08.00 pagi - 05.00 Petang

Tempat : Dewan Bandaran MPKj.


Yuran : RM 15.00/seorang



Kepada sesiapa yang berminat, sila hubungi En. Hadzli 012-6776247 @ En. Fahmi 012-2725249 @ Pejabat Majlis Perwakilan Penduduk Zon untuk maklumat lanjut. MELALUI PEJABAT AHLI MAJLIS ZON 22 SEBELUM 29 APRIL (sebelum solat Jumaat)





Pengisian:



1. Motivasi keusahawanan, Busines satu perjuangan
2. Inovasi dan Kreativiti dalam Perniagaan

3.Pemasaran Strategik
4. Rancangan Kewangan Perniagaan- kepentingan Penyediaan Kertas kerja Perniagaan

5. Skim Dana Kewangan (pinjaman peniagaan)


  • Skim pinjaman mikro kredit Kerajaan Negeri Selangor

  • Amanah Ikthiar berhad (AIM)

  • Bank-Bank Komersial (Angro bank/ BSN)


  • Program bantuan Perniagaan Kerajaan Negeri

Pertandingan Kejiranan Terbaik MPP MPKj 2011



Majlis Perbandaran Kajang menganjurkan pertandingan Kejiranan MPP MPKj 2011. Pertandingan ini disertai oleh wakil bagi setiap zon. Pertandingan ini bermula April 2011 dan terdapat dua kategori di pertandingan iaitu :




  1. Kategori perumahan Teres



  2. kategori perumahan bertingkat

Isnin, 25 April 2011

Rumput Disepanjang Jalan Reko









Perjabat Ahli Majlis zon 22 telah membuat adun berkenaan rumput yang didapati panjang sehinggakan menuntup papan tanda jalan. Pejabat khidmat ahli majlis telah mebuat rondaan di kawasan tersebut dan aduan telah dibuat






didapati juga terdapat Tiang ketinggian di pehentian kajang patah, ini menghalang dan membahayakan penguna, isu ini telah dibawa kepada pengetahuan mpkj. Mengharapkan MPKj membuat tindakan sewajarnya

Masalah Bau Dari Kilang Pemprosesan Ayam






Sabtu- pejabat ahli majlis telah bertemu pengadu berkenaan masalah bau yang berpunca dari kilang pemprosesan ayam. Pihak ahli Majlis telah membuat aduan kepada MPKj no aduan
No. Rujukan0956/04/11

Lokasi Masalah/Kejadian
Kedai Pemprosesan Ayam berdekatan Dengan PejabatKejureteraan Elektrik No 5, Jln Syeksen 1/23, Kawasan Industri Kajang Utama, 43000 Kajang

Huraian Masalah
-Aduan Bau busuk dari Kilang Ayam berdekatan-Jika hujan air buangan dari kilang tersebut melimpah kedalam pejabat-Pemilik pejabat (tel : 013-6702113) pernah membuat aduan pada tahun lepas pada 11/1 2010 dan surat balas darri MPKj pada 21/7/2010. Surat MPKj bernombor (0022/06/10(10)).-Hasil siasat MPKJ pada tahun lepas, difahamkan pemilik kilang pemprosesan ayam tersebut tiada lesen.-Mohon Pihak MPKj bertindak segera, dan melakukan tindakan sewajarnya

Khamis, 21 April 2011

PEMBUANGAN SAMPAH HARAM DI TAMAN BUKIT MEWAH




Bukit Mewah Fasa 6-satu perjumpaan dengan pengerusi persatuan penduduk untuk melihat isu berkenaan sampah yang dibuang secara haram di tepi jalan dari bukt kajang mewah ke highway Silk. Dalam tinjaun ini perbuangan sampah disitu masih ada, sehingga menyebabkan bau yang tidak menyenangkan kepada penduduk di kawasana situ

Pihak ahli Majlis di maklumkan aktiviti perbungan sampah kemungkinan dilakukan pada waktu awal pagi, Menurut Mr Lau aduan tyelah dilakukan , dan MPKj telah mengambil tindakan , namun ia berlaku lagi, sebelum ini hanya bahan kering sahaja yang dibuang kini, mereka mula membuang bahan-bahan basah. Di kawasan situ juga terdapat anjing liar yang berkeliaran.

Pusat khidmat ahli Majlis telah membuat aduan ke MPKj, mengahrapkan MPKj memlakukan tindakan segera

Ahad, 10 April 2011

Berjumpa penduduk dikajang utama











10/4/2011 jam 11.30 pagi



-isu kuil haram



-rumah terbengkali mengundang penagih dadah Rumah no 36 2/6




-melihat tapak pemohonan penduduk untuk membina sekolah agama




-Cadanagan tapak pasar malam





Didapati pokok tidak diselenggara




1. Berjumpa penduduk taman bukit permai




9/4/2011 jam 8.10 malam


Menjelaskan isu jalan yang akan digunakan berhadapan rumah penduduk yang akan menghubungi tapak pembinaan.


Isu ini akan dibawa ke mpkj dan pendudukan akan diberi penjelasan dari pihak mpkj







Jalan utama kajang bukit mewah berhampiran surau al-hidayah terdapat besi penutup jalan hilang.dan jalan didapati penuh dengan batu bata di jalanan






Berjumpa dengan pengadu di Taman Bukit mewah fasa 9








9/4/2011 jam 1.30 petang



Berjumpa dengan puan Komala dan dato kamaruddin



Perjumpaan ini bertujuan untuk mengetahui isu yang timbul di Taman Bukit Mewah Fasa 9. pusat Khidmat ahli majlis dimaklumkan bahawa terdapat seekor anjing mati disebatkan terkena renjetan elektrik dari wayar yang keluar dari tiang lampu tiang lampu. Perkara ini sangat membimbangkan kerana ia juga membahaya kepada penduduk kerana disitu kawasan Taman Permainan. Difahamkan juga pengadu banyak kali membuat aduan kepada pihak MPKj terhadap beberap isu namun tidak diambil tindakan proaktif. Adun ini telah dibuat sejak 2 tahun lepas lagi. antara isu lain yang timbul ialah:







  1. Pintu pagar di taman tersebut rosak kerana menjadi tempat laluan pendatang asing





  2. Rumput dan pokok tidak diselenggara, sehingga penduduk terpaksa ambil inisiatif untuk melakukan sendiri.





  3. Lampu disekitar taman tidak menyala




  4. Semak yang berdekatan sering menyebab ular masuk kekawasan rumah





  5. terdapat longkang ditaman tidak diselenggara




MESYUARAT BERSAMA PENDUDUK ALAM SARI





Pada 8/4/2011

jam 9.30 malam
mesyuarat bersama penduduk Alam Sari

Membincangkan isu taska yang diberi notis untuk ditutup. Majoriti ibubapa yang menghantar anak ke taska itu mahu ia diteruskan, dan mendapat bantahan dari seorang penduduk. Ahli Majlis akan berbincang dengan MPKj, bagi menyelesaikan isu ini.

Gotong royong KRT Taman-taman jalan Reko

KRT dan penduduk telahmengadakan gotong-royong ditaman jelita, dan sekitarnya bertujuan untuk membasmikan masalah denggi yang berleluasan. Gotong royong ini turut dibantu oleh pihak mpkj.



PERJUMPAAN BERSAMA PERTADBIRAN SEKOLAH SRI AL-AMIN


Ahli majlis telah mengadakan perjumpaan dua kali bersama dengan pertadbiran sekolah Sri al-Amin bagi membincangkan status pemohonan sekolah untuk dibenarkan beroperasi. hasil pertemuan ini, pihak pertadbiran akan bertindak segera untuk memperolehi kelulusan untuk meneruskan operasi sekolah.


Pihak sekolah meminta bantuan ahli majlis untuk membina bonggol atau yang bersesuai bagi memeperlahankan lalu-lintas untuk keselamatan pelajar, pemohonan telah diajukan kepada pihak MPkj

Khamis, 17 Mac 2011

Pesta Ponggal

Tarikh : 23 Januari 2011 (Ahad)

Masa : 3.00 PTG - 2.00 PTG

Masa : Kajang Baru, Bukit Kajang


Pada tarikh 23 Januari telah diadakan pesta Ponggal anjuran Adun dan Ahli Majlis Zon 22 .Majlis ini bertujuan untuk mengeratkan sesama ahli masyarakat, ADNS Bangi dan juga Ahli majlis MPKj . Sambutan Ponggal, Majlis bermula sejak jam 2.00. Program yang dijalankan antaranya mengacau ponggal dengan senduk di beberapa periuk, menyaksi pertandingan Memecah Takar yang begitu mendapat sambutan dan peserta-peserta yang mau mencuba berbaris panjang. Pada masa yang sama sukanika kanak-kanak juga sedang berjalan. Mereka yang hadir berjumlah lebih kurang 300 orang.

Adun Bangi kemudian bersama-sama Ahli-Ahli MPKj menyampaikan hadiah-hadiah kepada pemenang-pemenang termasuk regu

Related Posts with Thumbnails