Tarikh : 21 Mei 2011 (Sabtu)
Masa : 1.30 petang hingga 6.30 petang
Tempat : Bilik Seri Cempaka, Kompleks PKNS Bandar Baru Bangi
Konvensyen yang akan dianjurkan ini adalah bertujuan untuk membolehkan para pemimpin penduduk setempat mendapatkan gambaran dan maklumat sebenar berhubung sesuatu dasar atau produk Kerajaan Negeri; membolehkan para pemimpin penduduk menjadi agen penyampai maklumat kepada masyarakat setempat; memberi ruang kepada para pemimpin setempat untuk mengenali dan berinteraksi secara terus dengan wakil rakyat dan Ahli Majlis di kawasan masing-masing; dan membentuk gabungan persatuan-persatuan penduduk di dalam Dun Bangi
Anjuran Pejabat Ahli Majlis MPKj Zon 14, 20, 21, 22, 23 dan 24 dengan kerjasama Pejabat ADUN Bangi
Ahad, 15 Mei 2011
KONVENSYEN PERSATUAN-PERSATUAN PENDUDUK DUN BANGI
RM Satu Juta Permohonan Adun Bangi Untuk Membaiki Jalan Di Dun Bangi Lulus
-Dari pejabat adun
BBB, 09 Jamadil Akhir = 13 Mei ( Jumaat):
Hasil dari retreat Adun-Adun biasa Pakatan Rakyat yang diadakan pada tahun lepas di Golden Palm Resort, Kuala Langat atas perbelanjaan sendiri – antara lain dari resolusi ialah memohon dari pihak kerajaan negeri Selangor memperuntukkan kepada setiap Adun bagi kawasan masing-masing peruntukan tahunan sebanyak RMi juta ringgit. Permohonan tersebut telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri Selangor mulai tahun 2011. Kewangan digunakan dari peruntukan wang Maris. Setiap Adun diberi hak menentukan jalan yang mau diperbaiki di Dun masing-masing. Kebenaran juga diberi kepada Adun menentukan jalan-jalan kawasan kampong untuk dibaiki. Tiap Adun diminta membuat senarai jalan dan jangkaan perbelanjaan (peruntukan) sehingga berjumlah satu juta ringgit. Taklimat cara memohon juga diberi oleh bahagian Bendahari Negeri. Adun dikehendaki mengemukakan permohonan melalui PBT kawasan masing-masing jangan lewat dari akhir Mac 2011.
Pihak Adun Bangi telah mengemukakan permohonan dan menghantarkannya pada akhir Mac 2011 kepada MPKj dibawa oleh Tuan Haji Mazwan Johar Ahli MPKj di bawah Dun Bangi, tetapi pihak MPKj menolak proposal yang dihantar, kerana konon peruntukan hanya untuk taman, tidak termasuk kampong. Pihak pegawai di MPKj memaklumkan pihaknya telah membuat proposal sendiri dan mencadangkan hanya dua daripada cadangan Adun yang melibatkan taman dimasukkan ke dalam proposal yang disiapkan. Apabila Adun dimaklumkan mengenai cadangan pihak MPKj yang bercanggah dengan taklimat dari pihak kewangan negeri, Adun Bangi mengarah Tuan Haji Mazwan supaya mengambil balik permohonan Adun Bangi kerana kemungkinan akan berlaku penyelewengan dan bersifat kroni.
Adun mengarah kerani di Pejabat Adun menghantar sendiri dan menyerah secara tangan ke Pejabat Bendahari di Bangunan SSAAS pada 11 April 2011, walaupun sedikit lewat dari tempoh sebenar. Untuk mendapat kepastian tentang permohonan, maka Adun bertanya kepada Pejabat Bendahari Negeri pada 10 Mei 2011. Pihak Pejabat Bendahari memaklumkan bahawa kelulusan dan kewangan telah dihantar ke Pejabat MPKj pada hari Lawatan YAB Dato` Menteri Besar Selangor ke Hulu Langat pada 6 Mei, 2011. Al-Hamdulillah. Menurut Pegawai Kewangan Kanan di Pejabat Bendahari kelulusan menurut apa yang dipohon oleh Adun Bangi dan tidak diubah. Surat dan rumusan dari permohonan adalah sebagaimana di bawah.
SENARAI PERMOHONAN PROJEK JALANRAYA DAN INFRASTRUKTUR DI BAWAH DUN BANGI (Rumusan)
Bil | Perkara | Kontraktor | Jumlah |
1 | Cadangan Kerja-Kerja Menurap Semula Jalan Yang Rosak Di Jalan Menteri Dan Jalan Sentosa Di Sg Ramal Baru Sepanjang 4500 Meter | Razzel Enterprise No 21 Jalan Permai Satu Taman Permai 43000 Kajang | RM 126,000 |
2 | Kerja-Kerja Menurap Jalan Di Jalan Kajang 6 Dan Kajang 2 Berhadapan Surau Al-Hikmah Taman Kajang Raya Sepanjang 4193 Meter Persegi Dan Jalan Berhadapan Surau Taman Jasmin 600 Meter Persegi Dan Taman Kenari 600 Meter Persegi | Monadz Enterprise No 11 Lorong Permai 1/1, Taman Permai, 43000 Kajang | RM 151,004 |
3 | Cadangan Kerja-Kerja Menurap Semula Jalan Yang Rosak Di Jalan Rahmat 1 Kampung Teras Jernang Bangi Sepanjang 5000 Meter Persegi | Syarikat Norfeeda Lot 39, Jalan Cheras Batu 12, 43000 Kajang | RM 140,000 |
4 | Cadangan Untuk Kerja-Kerja Menurap Jalan Dan Membina Longkang Di Kampung Bahagia Dan Kampung Bangi, Bangi Selangor | Lima Fitri Enterprise Unit 2-20, Blok Mutiara D, Taman Desa Baiduri, 56000 Cheras | RM 198,270 |
5 | Cadangan Untuk Kerja-Kerja Menurap Jalan Di Kampung Sg Tangkas, Bangi Selangor | Terasinar Enterprise No 6, Jalan Intan 2, Taman Sri Nanding, 43100 Hulu Langat | RM 106,930 |
6 | Cadangan Untuk Kerja-Kerja Menurap Jalan Kampung Sungai Ramal Dalam, Kajang | Shukur Bina Enterprise Zd2-17, Blok Zamrud D, Taman Desa Baiduri Batu 6, Cheras 56000 Selangor | RM 198,200 |
7 | Kerja-Kerja Memecah Dan Menukar Longkang Yang Rosak Serta Membina Tembok Setinggi 2 Kaki Sepanjang 500 Meter Dan Kerja-Kerja Yang Berkaitan Dengannya Di Sepanjang Jalan Utama Kampung Teras Jernang, Bangi. Kerja-Kerja Mengganti Longkang Sepanjang 320 Meter Di Kg Aman, Bangi | Anje Enterprise No 46, Jalan 4/3, 43650 Bandar Baru Bangi | RM 103,000 |
|
| Jumlah Keseluruhan | RM 1,023,404 |
Walau bagaimana adjustment dari segi jumlah peruntukan akan dilakukan, kerana anggaran yang dibuat mungkin tidak tepat. Adun mengarah pihak Ahli MPKj – Tuan Haji Mazwan Johar membuat pemantauan dan Adun juga akan memastikan apa yang dipohon akan diselenggarakan dengan sebaik mungkin, terutama pembaikan jalan di jalan-jalan kampong yang selama ini kurang diberi perhatian.
Sekian.
Dicatat oleh Mohd Adram bin Musa di 8:24 PTG 0 ulasan
Label: blog adun bangi
Tahun Baru India
Program Di apartmen Kajang Utama
8 Mei 2011- Inisiatif penduduk Apartment dan KRT Taman Kajang Utama telah mengadakan satu program penduduk bertemu Ahlimajlis dan Adun. program ini bagi mempertemukan ahlimajlis dan penduduk bagi menda[ar maklumat dari ahli majlis dan juga ramah mesra. priogram ini mendapat sambutan dari penduduk aparment tersebuit
Rabu, 27 April 2011
Meraikan Pelajar Cemerlang DUN Bangi
Pagi ini Adun Bangi meraikan pelajar-pelajar cemerlang SPM, STPM & STUM 2010 bertempat di Ruang Legar, PKNS, BBB. Pelajar-pelajar yang diberi penghargaan adalah pelajar-pelajar yang mencapai semua A bagi peringkat SPM dan mencapai 3.5 ke atas bagi STPM & STUM. Seramai 82 pelajar cemerlang dapat didaftarkan. Mereka yang diberi pengiktirafan ini adalah pelajar-pelajar di Sekolah-sekolah menengah di DUN Bangi dan juga pelajar-pelajar dari Bangi yang belajar di luar Bangi – asalkan mereka dari DUN Bangi. Setengah Sekolah memberi kerjasama yang baik memberi maklumat pelajar-pelajar cemerlang mereka. Pelajar-pelajar dan ibu bapa yang hadir mengiringi mereka kelihatan ceria dan majlis adalah amat meriah mengungguli kejayaan pelajar-pelajar cemerlang. Ruang legar kelihatan penuh dengan bukan saja pelajar dan ibu bapa, tetapi penonton-penonton yang datang bertujuan lain, tetapi terpaku mengapresiasi majlis gemilang yang jarang diadakan sedemikian. Sebelum majlis anugerah pengiktirafan, pelajar-pelajar dibawa dimotivasi oleh Ustaz Nushi Mahfodz dan berbincang dengan penganjur di Bilik Cempaka, PKNS. Ketibaan Adun jam 11.00 pagi dengan salam mesra dan bergema jawapan dari para tetamu yang berdiri memberi hormat. Walaupun ianya satu majlis sederhana, tetapi hebatnya bagai hari pengiktirafan dengan penerimaan ijazah. Hadir bersama di dalam majlis ialah saudara Adram Musa Ahli MPKj, Puan Arbaisah Pengarah yang bertungkus lumus sejak berminggu lepas bagi menjayakan majlis gemilang berprestej ini. Majlis bermula dengan ucapan alu-aluan dari Puan Arbaisah yang mengucap tahniah kepada pelajar-pelajar cemerlang dan berterima kasih kepada ibu bapa yang mengiringi anak-anak masing-masing dengan penuh kasih mesra. Beliau meminta maaf, terdapat mereka yang hantar keputusan cemerlang, tetapi terdapat satu mata pelajaran B, maka terpaksa ditolak. Pendek kata pemilihan adalah mereka yang benar-benar cemerlang. Adun dalam ucapan pengraian mengucap tahniah kepada semua pelajar cemerlang yang terpilih menerima anugerah pengiktirafan pada hari ini dan berharap agar pengiktirafan kecil ini menjadi katalis yang menggerak pelajar-pelajar meningkatkan daya usaha bagi mencapai kejayaan berganda pada masa hadapan. Menurut Adun adalah menjadi budaya tahunan Adun memperuntukkan sejumlah besar kewangan bagi memberi pengiktirafan kepada pelajar-pelajar cemerlang. Kerana ianya selari dengan hasrat Dun Bangi memprojekkan Bangi sebagai Bandar Ilmu. Adun Bangi menyebut, bahawa kejayaan anak-anak ada kaitan dengan ibu bapa anak-anak yang berjaya dalam pelajaran dan kerjaya mereka yang melayakkan mereka berada di Bandar Baru Bangi sebagai Bandar Ilmu. Sememangnya masyarakat Bangi adalah masyarakat intelektual. Mereka berkhidmat di berbagai pengajian tinggi yang 18 buah dari universiti berada di Bangi dan sekeliling Bangi. Mereka juga bekerja di berpuluh-puluh pusat penyelidikan dan latihan yang berada di Bangi. Adun berharap anak-anak cemerlang akan menyambung pelajaran dan kelak menggantikan tempat ibu bapa. Adun mengingatkan kompetasi masa depan lebih tinggi kerana makin ramai mereka yang berkelayakan dan berkemampuan merebut peluang berada di sini, sebab itu anak-anak perlu mengejar kejayaan melebihi dari kejayaan yang dicapai oleh ibu bapa. Adun Bangi menyebut, bahawa ibu bapa yang tinggal di Bangi berjaya menjadikan budaya hidup di Bangi, bukan saja sebagai kelompok intelek, tetapi Bandar yang bersemarak dengan kegiatan keslaman beradun keilmuan. Adun mengharap kelak dari kalangan pelajar cemerlang akan lahir dari Bangi pemimpin-pemimpin berwibawa, tokoh-tokoh keilmuan dan mereka yang berjaya di dalam berbagai bidang kerjaya. Teruskan menggapai kecemerlangan. ~Mohd Rashid bin Ramali bersama ibunya~ Agenda puncak ialah penyampaian anugerah dan sijil kepada setiap orang daripada 82 pelajar cemerlang. Senarai nama mereka terakam di dalam helaian program yang diedarkan. Ternyata mereka amat bergembira dengan penghormatan yang kami berikan kepada mereka. Dua pelajar paling cemerlang dipilih. Ibu bapa bapa mereka dijemput sama naik ke pentas menerima anugerah dan pengiktirafan. Semasa penyampaian anugerah Adun berkesempatan bertanya pelajar-pelajar cemerlang ke universiti manakah mereka akan menyambung pengajian. 50% daripada mereka mau menyambung pengajian ke luar Negara. Tempat pilihan utama mereka ke ~Farah Hanisah binti Muhammad Hisham bersama ibu bapanya~ Tahniah di atas kejayaan – teruskan dengan kecemerlangan. Sekian. Senarai Nama Pelajar Cemerlang:
Dicatat oleh Mohd Adram bin Musa di 10:23 PG 0 ulasan
Label: blog adun bangi
Seminar Tranformasi Usahawan Negeri Selangor 2011
Program Seminar Transformasi Usahawan Negeri Selangor 2011 akan diadakan seperti ketetapan berikut:
2. Inovasi dan Kreativiti dalam Perniagaan
4. Rancangan Kewangan Perniagaan- kepentingan Penyediaan Kertas kerja Perniagaan
- Skim pinjaman mikro kredit Kerajaan Negeri Selangor
- Amanah Ikthiar berhad (AIM)
- Bank-Bank Komersial (Angro bank/ BSN)
- Program bantuan Perniagaan Kerajaan Negeri
Pertandingan Kejiranan Terbaik MPP MPKj 2011
- Kategori perumahan Teres
- kategori perumahan bertingkat