Pagi ini Adun Bangi meraikan pelajar-pelajar cemerlang SPM, STPM & STUM 2010 bertempat di Ruang Legar, PKNS, BBB. Pelajar-pelajar yang diberi penghargaan adalah pelajar-pelajar yang mencapai semua A bagi peringkat SPM dan mencapai 3.5 ke atas bagi STPM & STUM. Seramai 82 pelajar cemerlang dapat didaftarkan. Mereka yang diberi pengiktirafan ini adalah pelajar-pelajar di Sekolah-sekolah menengah di DUN Bangi dan juga pelajar-pelajar dari Bangi yang belajar di luar Bangi – asalkan mereka dari DUN Bangi. Setengah Sekolah memberi kerjasama yang baik memberi maklumat pelajar-pelajar cemerlang mereka. Pelajar-pelajar dan ibu bapa yang hadir mengiringi mereka kelihatan ceria dan majlis adalah amat meriah mengungguli kejayaan pelajar-pelajar cemerlang. Ruang legar kelihatan penuh dengan bukan saja pelajar dan ibu bapa, tetapi penonton-penonton yang datang bertujuan lain, tetapi terpaku mengapresiasi majlis gemilang yang jarang diadakan sedemikian. Sebelum majlis anugerah pengiktirafan, pelajar-pelajar dibawa dimotivasi oleh Ustaz Nushi Mahfodz dan berbincang dengan penganjur di Bilik Cempaka, PKNS. Ketibaan Adun jam 11.00 pagi dengan salam mesra dan bergema jawapan dari para tetamu yang berdiri memberi hormat. Walaupun ianya satu majlis sederhana, tetapi hebatnya bagai hari pengiktirafan dengan penerimaan ijazah. Hadir bersama di dalam majlis ialah saudara Adram Musa Ahli MPKj, Puan Arbaisah Pengarah yang bertungkus lumus sejak berminggu lepas bagi menjayakan majlis gemilang berprestej ini. Majlis bermula dengan ucapan alu-aluan dari Puan Arbaisah yang mengucap tahniah kepada pelajar-pelajar cemerlang dan berterima kasih kepada ibu bapa yang mengiringi anak-anak masing-masing dengan penuh kasih mesra. Beliau meminta maaf, terdapat mereka yang hantar keputusan cemerlang, tetapi terdapat satu mata pelajaran B, maka terpaksa ditolak. Pendek kata pemilihan adalah mereka yang benar-benar cemerlang. Adun dalam ucapan pengraian mengucap tahniah kepada semua pelajar cemerlang yang terpilih menerima anugerah pengiktirafan pada hari ini dan berharap agar pengiktirafan kecil ini menjadi katalis yang menggerak pelajar-pelajar meningkatkan daya usaha bagi mencapai kejayaan berganda pada masa hadapan. Menurut Adun adalah menjadi budaya tahunan Adun memperuntukkan sejumlah besar kewangan bagi memberi pengiktirafan kepada pelajar-pelajar cemerlang. Kerana ianya selari dengan hasrat Dun Bangi memprojekkan Bangi sebagai Bandar Ilmu. Adun Bangi menyebut, bahawa kejayaan anak-anak ada kaitan dengan ibu bapa anak-anak yang berjaya dalam pelajaran dan kerjaya mereka yang melayakkan mereka berada di Bandar Baru Bangi sebagai Bandar Ilmu. Sememangnya masyarakat Bangi adalah masyarakat intelektual. Mereka berkhidmat di berbagai pengajian tinggi yang 18 buah dari universiti berada di Bangi dan sekeliling Bangi. Mereka juga bekerja di berpuluh-puluh pusat penyelidikan dan latihan yang berada di Bangi. Adun berharap anak-anak cemerlang akan menyambung pelajaran dan kelak menggantikan tempat ibu bapa. Adun mengingatkan kompetasi masa depan lebih tinggi kerana makin ramai mereka yang berkelayakan dan berkemampuan merebut peluang berada di sini, sebab itu anak-anak perlu mengejar kejayaan melebihi dari kejayaan yang dicapai oleh ibu bapa. Adun Bangi menyebut, bahawa ibu bapa yang tinggal di Bangi berjaya menjadikan budaya hidup di Bangi, bukan saja sebagai kelompok intelek, tetapi Bandar yang bersemarak dengan kegiatan keslaman beradun keilmuan. Adun mengharap kelak dari kalangan pelajar cemerlang akan lahir dari Bangi pemimpin-pemimpin berwibawa, tokoh-tokoh keilmuan dan mereka yang berjaya di dalam berbagai bidang kerjaya. Teruskan menggapai kecemerlangan. ~Mohd Rashid bin Ramali bersama ibunya~ Agenda puncak ialah penyampaian anugerah dan sijil kepada setiap orang daripada 82 pelajar cemerlang. Senarai nama mereka terakam di dalam helaian program yang diedarkan. Ternyata mereka amat bergembira dengan penghormatan yang kami berikan kepada mereka. Dua pelajar paling cemerlang dipilih. Ibu bapa bapa mereka dijemput sama naik ke pentas menerima anugerah dan pengiktirafan. Semasa penyampaian anugerah Adun berkesempatan bertanya pelajar-pelajar cemerlang ke universiti manakah mereka akan menyambung pengajian. 50% daripada mereka mau menyambung pengajian ke luar Negara. Tempat pilihan utama mereka ke ~Farah Hanisah binti Muhammad Hisham bersama ibu bapanya~ Tahniah di atas kejayaan – teruskan dengan kecemerlangan. Sekian. Senarai Nama Pelajar Cemerlang:
Rabu, 27 April 2011
Meraikan Pelajar Cemerlang DUN Bangi
Dicatat oleh Mohd Adram bin Musa di 10:23 PG 0 ulasan
Label: blog adun bangi
Seminar Tranformasi Usahawan Negeri Selangor 2011
Program Seminar Transformasi Usahawan Negeri Selangor 2011 akan diadakan seperti ketetapan berikut:
2. Inovasi dan Kreativiti dalam Perniagaan
4. Rancangan Kewangan Perniagaan- kepentingan Penyediaan Kertas kerja Perniagaan
- Skim pinjaman mikro kredit Kerajaan Negeri Selangor
- Amanah Ikthiar berhad (AIM)
- Bank-Bank Komersial (Angro bank/ BSN)
- Program bantuan Perniagaan Kerajaan Negeri
Pertandingan Kejiranan Terbaik MPP MPKj 2011
- Kategori perumahan Teres
- kategori perumahan bertingkat
Isnin, 25 April 2011
Rumput Disepanjang Jalan Reko
Masalah Bau Dari Kilang Pemprosesan Ayam
No. Rujukan0956/04/11
Lokasi Masalah/Kejadian
Kedai Pemprosesan Ayam berdekatan Dengan PejabatKejureteraan Elektrik No 5, Jln Syeksen 1/23, Kawasan Industri Kajang Utama, 43000 Kajang
Huraian Masalah
-Aduan Bau busuk dari Kilang Ayam berdekatan-Jika hujan air buangan dari kilang tersebut melimpah kedalam pejabat-Pemilik pejabat (tel : 013-6702113) pernah membuat aduan pada tahun lepas pada 11/1 2010 dan surat balas darri MPKj pada 21/7/2010. Surat MPKj bernombor (0022/06/10(10)).-Hasil siasat MPKJ pada tahun lepas, difahamkan pemilik kilang pemprosesan ayam tersebut tiada lesen.-Mohon Pihak MPKj bertindak segera, dan melakukan tindakan sewajarnya
Khamis, 21 April 2011
PEMBUANGAN SAMPAH HARAM DI TAMAN BUKIT MEWAH
Bukit Mewah Fasa 6-satu perjumpaan dengan pengerusi persatuan penduduk untuk melihat isu berkenaan sampah yang dibuang secara haram di tepi jalan dari bukt kajang mewah ke highway Silk. Dalam tinjaun ini perbuangan sampah disitu masih ada, sehingga menyebabkan bau yang tidak menyenangkan kepada penduduk di kawasana situ
Pihak ahli Majlis di maklumkan aktiviti perbungan sampah kemungkinan dilakukan pada waktu awal pagi, Menurut Mr Lau aduan tyelah dilakukan , dan MPKj telah mengambil tindakan , namun ia berlaku lagi, sebelum ini hanya bahan kering sahaja yang dibuang kini, mereka mula membuang bahan-bahan basah. Di kawasan situ juga terdapat anjing liar yang berkeliaran.
Pusat khidmat ahli Majlis telah membuat aduan ke MPKj, mengahrapkan MPKj memlakukan tindakan segera
Ahad, 10 April 2011
Berjumpa penduduk dikajang utama
-isu kuil haram
-melihat tapak pemohonan penduduk untuk membina sekolah agama
Didapati pokok tidak diselenggara
1. Berjumpa penduduk taman bukit permai
9/4/2011 jam 8.10 malam
Menjelaskan isu jalan yang akan digunakan berhadapan rumah penduduk yang akan menghubungi tapak pembinaan.
Isu ini akan dibawa ke mpkj dan pendudukan akan diberi penjelasan dari pihak mpkj
Jalan utama kajang bukit mewah berhampiran surau al-hidayah terdapat besi penutup jalan hilang.dan jalan didapati penuh dengan batu bata di jalanan
Berjumpa dengan pengadu di Taman Bukit mewah fasa 9
9/4/2011 jam 1.30 petang
Berjumpa dengan puan Komala dan dato kamaruddin
Perjumpaan ini bertujuan untuk mengetahui isu yang timbul di Taman Bukit Mewah Fasa 9. pusat Khidmat ahli majlis dimaklumkan bahawa terdapat seekor anjing mati disebatkan terkena renjetan elektrik dari wayar yang keluar dari tiang lampu tiang lampu. Perkara ini sangat membimbangkan kerana ia juga membahaya kepada penduduk kerana disitu kawasan Taman Permainan. Difahamkan juga pengadu banyak kali membuat aduan kepada pihak MPKj terhadap beberap isu namun tidak diambil tindakan proaktif. Adun ini telah dibuat sejak 2 tahun lepas lagi. antara isu lain yang timbul ialah:
- Pintu pagar di taman tersebut rosak kerana menjadi tempat laluan pendatang asing
- Rumput dan pokok tidak diselenggara, sehingga penduduk terpaksa ambil inisiatif untuk melakukan sendiri.
- Lampu disekitar taman tidak menyala
- Semak yang berdekatan sering menyebab ular masuk kekawasan rumah
- terdapat longkang ditaman tidak diselenggara
MESYUARAT BERSAMA PENDUDUK ALAM SARI
Membincangkan isu taska yang diberi notis untuk ditutup. Majoriti ibubapa yang menghantar anak ke taska itu mahu ia diteruskan, dan mendapat bantahan dari seorang penduduk. Ahli Majlis akan berbincang dengan MPKj, bagi menyelesaikan isu ini.
Gotong royong KRT Taman-taman jalan Reko
KRT dan penduduk telahmengadakan gotong-royong ditaman jelita, dan sekitarnya bertujuan untuk membasmikan masalah denggi yang berleluasan. Gotong royong ini turut dibantu oleh pihak mpkj.
PERJUMPAAN BERSAMA PERTADBIRAN SEKOLAH SRI AL-AMIN
Ahli majlis telah mengadakan perjumpaan dua kali bersama dengan pertadbiran sekolah Sri al-Amin bagi membincangkan status pemohonan sekolah untuk dibenarkan beroperasi. hasil pertemuan ini, pihak pertadbiran akan bertindak segera untuk memperolehi kelulusan untuk meneruskan operasi sekolah.