Rabu, 27 April 2011

Meraikan Pelajar Cemerlang DUN Bangi

BBB, 20 Jamadil Awal = 24 April (Ahad):


Pagi ini Adun Bangi meraikan pelajar-pelajar cemerlang SPM, STPM & STUM 2010 bertempat di Ruang Legar, PKNS, BBB. Pelajar-pelajar yang diberi penghargaan adalah pelajar-pelajar yang mencapai semua A bagi peringkat SPM dan mencapai 3.5 ke atas bagi STPM & STUM. Seramai 82 pelajar cemerlang dapat didaftarkan. Mereka yang diberi pengiktirafan ini adalah pelajar-pelajar di Sekolah-sekolah menengah di DUN Bangi dan juga pelajar-pelajar dari Bangi yang belajar di luar Bangi – asalkan mereka dari DUN Bangi. Setengah Sekolah memberi kerjasama yang baik memberi maklumat pelajar-pelajar cemerlang mereka.

Pelajar-pelajar dan ibu bapa yang hadir mengiringi mereka kelihatan ceria dan majlis adalah amat meriah mengungguli kejayaan pelajar-pelajar cemerlang. Ruang legar kelihatan penuh dengan bukan saja pelajar dan ibu bapa, tetapi penonton-penonton yang datang bertujuan lain, tetapi terpaku mengapresiasi majlis gemilang yang jarang diadakan sedemikian. Sebelum majlis anugerah pengiktirafan, pelajar-pelajar dibawa dimotivasi oleh Ustaz Nushi Mahfodz dan berbincang dengan penganjur di Bilik Cempaka, PKNS.

Ketibaan Adun jam 11.00 pagi dengan salam mesra dan bergema jawapan dari para tetamu yang berdiri memberi hormat. Walaupun ianya satu majlis sederhana, tetapi hebatnya bagai hari pengiktirafan dengan penerimaan ijazah. Hadir bersama di dalam majlis ialah saudara Adram Musa Ahli MPKj, Puan Arbaisah Pengarah yang bertungkus lumus sejak berminggu lepas bagi menjayakan majlis gemilang berprestej ini. Majlis bermula dengan ucapan alu-aluan dari Puan Arbaisah yang mengucap tahniah kepada pelajar-pelajar cemerlang dan berterima kasih kepada ibu bapa yang mengiringi anak-anak masing-masing dengan penuh kasih mesra. Beliau meminta maaf, terdapat mereka yang hantar keputusan cemerlang, tetapi terdapat satu mata pelajaran B, maka terpaksa ditolak. Pendek kata pemilihan adalah mereka yang benar-benar cemerlang.

Adun dalam ucapan pengraian mengucap tahniah kepada semua pelajar cemerlang yang terpilih menerima anugerah pengiktirafan pada hari ini dan berharap agar pengiktirafan kecil ini menjadi katalis yang menggerak pelajar-pelajar meningkatkan daya usaha bagi mencapai kejayaan berganda pada masa hadapan. Menurut Adun adalah menjadi budaya tahunan Adun memperuntukkan sejumlah besar kewangan bagi memberi pengiktirafan kepada pelajar-pelajar cemerlang. Kerana ianya selari dengan hasrat Dun Bangi memprojekkan Bangi sebagai Bandar Ilmu. Adun Bangi menyebut, bahawa kejayaan anak-anak ada kaitan dengan ibu bapa anak-anak yang berjaya dalam pelajaran dan kerjaya mereka yang melayakkan mereka berada di Bandar Baru Bangi sebagai Bandar Ilmu. Sememangnya masyarakat Bangi adalah masyarakat intelektual. Mereka berkhidmat di berbagai pengajian tinggi yang 18 buah dari universiti berada di Bangi dan sekeliling Bangi. Mereka juga bekerja di berpuluh-puluh pusat penyelidikan dan latihan yang berada di Bangi.

Adun berharap anak-anak cemerlang akan menyambung pelajaran dan kelak menggantikan tempat ibu bapa. Adun mengingatkan kompetasi masa depan lebih tinggi kerana makin ramai mereka yang berkelayakan dan berkemampuan merebut peluang berada di sini, sebab itu anak-anak perlu mengejar kejayaan melebihi dari kejayaan yang dicapai oleh ibu bapa. Adun Bangi menyebut, bahawa ibu bapa yang tinggal di Bangi berjaya menjadikan budaya hidup di Bangi, bukan saja sebagai kelompok intelek, tetapi Bandar yang bersemarak dengan kegiatan keslaman beradun keilmuan. Adun mengharap kelak dari kalangan pelajar cemerlang akan lahir dari Bangi pemimpin-pemimpin berwibawa, tokoh-tokoh keilmuan dan mereka yang berjaya di dalam berbagai bidang kerjaya. Teruskan menggapai kecemerlangan.


~Mohd Rashid bin Ramali bersama ibunya~


Agenda puncak ialah penyampaian anugerah dan sijil kepada setiap orang daripada 82 pelajar cemerlang. Senarai nama mereka terakam di dalam helaian program yang diedarkan. Ternyata mereka amat bergembira dengan penghormatan yang kami berikan kepada mereka. Dua pelajar paling cemerlang dipilih. Ibu bapa bapa mereka dijemput sama naik ke pentas menerima anugerah dan pengiktirafan. Semasa penyampaian anugerah Adun berkesempatan bertanya pelajar-pelajar cemerlang ke universiti manakah mereka akan menyambung pengajian. 50% daripada mereka mau menyambung pengajian ke luar Negara. Tempat pilihan utama mereka ke England. Sebahagian daripada mereka memilih universiti terkenal tempatan. Bidang yang menjadi pilihan utama pula ialah perubatan. Selepas bergambar beramai-ramai dengan pelajar-pelajar cemerlang ramai daripada ibu bapa meminta bergambar bersama dengan Adun dan anak-anak mereka. Kita memberi ruang dan peluang, walaupun Adun perlu berkejar ke program yang lain berikutnya.

~Farah Hanisah binti Muhammad Hisham bersama ibu bapanya~


Tahniah di atas kejayaan – teruskan dengan kecemerlangan.

Sekian.


Senarai Nama Pelajar Cemerlang:


Seminar Tranformasi Usahawan Negeri Selangor 2011

Program Seminar Transformasi Usahawan Negeri Selangor 2011 akan diadakan seperti ketetapan berikut:



Tarikh : 4 Mei 2011


Masa : 08.00 pagi - 05.00 Petang

Tempat : Dewan Bandaran MPKj.


Yuran : RM 15.00/seorang



Kepada sesiapa yang berminat, sila hubungi En. Hadzli 012-6776247 @ En. Fahmi 012-2725249 @ Pejabat Majlis Perwakilan Penduduk Zon untuk maklumat lanjut. MELALUI PEJABAT AHLI MAJLIS ZON 22 SEBELUM 29 APRIL (sebelum solat Jumaat)





Pengisian:



1. Motivasi keusahawanan, Busines satu perjuangan
2. Inovasi dan Kreativiti dalam Perniagaan

3.Pemasaran Strategik
4. Rancangan Kewangan Perniagaan- kepentingan Penyediaan Kertas kerja Perniagaan

5. Skim Dana Kewangan (pinjaman peniagaan)


  • Skim pinjaman mikro kredit Kerajaan Negeri Selangor

  • Amanah Ikthiar berhad (AIM)

  • Bank-Bank Komersial (Angro bank/ BSN)


  • Program bantuan Perniagaan Kerajaan Negeri

Pertandingan Kejiranan Terbaik MPP MPKj 2011



Majlis Perbandaran Kajang menganjurkan pertandingan Kejiranan MPP MPKj 2011. Pertandingan ini disertai oleh wakil bagi setiap zon. Pertandingan ini bermula April 2011 dan terdapat dua kategori di pertandingan iaitu :




  1. Kategori perumahan Teres



  2. kategori perumahan bertingkat

Isnin, 25 April 2011

Rumput Disepanjang Jalan Reko









Perjabat Ahli Majlis zon 22 telah membuat adun berkenaan rumput yang didapati panjang sehinggakan menuntup papan tanda jalan. Pejabat khidmat ahli majlis telah mebuat rondaan di kawasan tersebut dan aduan telah dibuat






didapati juga terdapat Tiang ketinggian di pehentian kajang patah, ini menghalang dan membahayakan penguna, isu ini telah dibawa kepada pengetahuan mpkj. Mengharapkan MPKj membuat tindakan sewajarnya

Masalah Bau Dari Kilang Pemprosesan Ayam






Sabtu- pejabat ahli majlis telah bertemu pengadu berkenaan masalah bau yang berpunca dari kilang pemprosesan ayam. Pihak ahli Majlis telah membuat aduan kepada MPKj no aduan
No. Rujukan0956/04/11

Lokasi Masalah/Kejadian
Kedai Pemprosesan Ayam berdekatan Dengan PejabatKejureteraan Elektrik No 5, Jln Syeksen 1/23, Kawasan Industri Kajang Utama, 43000 Kajang

Huraian Masalah
-Aduan Bau busuk dari Kilang Ayam berdekatan-Jika hujan air buangan dari kilang tersebut melimpah kedalam pejabat-Pemilik pejabat (tel : 013-6702113) pernah membuat aduan pada tahun lepas pada 11/1 2010 dan surat balas darri MPKj pada 21/7/2010. Surat MPKj bernombor (0022/06/10(10)).-Hasil siasat MPKJ pada tahun lepas, difahamkan pemilik kilang pemprosesan ayam tersebut tiada lesen.-Mohon Pihak MPKj bertindak segera, dan melakukan tindakan sewajarnya

Khamis, 21 April 2011

PEMBUANGAN SAMPAH HARAM DI TAMAN BUKIT MEWAH




Bukit Mewah Fasa 6-satu perjumpaan dengan pengerusi persatuan penduduk untuk melihat isu berkenaan sampah yang dibuang secara haram di tepi jalan dari bukt kajang mewah ke highway Silk. Dalam tinjaun ini perbuangan sampah disitu masih ada, sehingga menyebabkan bau yang tidak menyenangkan kepada penduduk di kawasana situ

Pihak ahli Majlis di maklumkan aktiviti perbungan sampah kemungkinan dilakukan pada waktu awal pagi, Menurut Mr Lau aduan tyelah dilakukan , dan MPKj telah mengambil tindakan , namun ia berlaku lagi, sebelum ini hanya bahan kering sahaja yang dibuang kini, mereka mula membuang bahan-bahan basah. Di kawasan situ juga terdapat anjing liar yang berkeliaran.

Pusat khidmat ahli Majlis telah membuat aduan ke MPKj, mengahrapkan MPKj memlakukan tindakan segera

Ahad, 10 April 2011

Berjumpa penduduk dikajang utama











10/4/2011 jam 11.30 pagi



-isu kuil haram



-rumah terbengkali mengundang penagih dadah Rumah no 36 2/6




-melihat tapak pemohonan penduduk untuk membina sekolah agama




-Cadanagan tapak pasar malam





Didapati pokok tidak diselenggara




1. Berjumpa penduduk taman bukit permai




9/4/2011 jam 8.10 malam


Menjelaskan isu jalan yang akan digunakan berhadapan rumah penduduk yang akan menghubungi tapak pembinaan.


Isu ini akan dibawa ke mpkj dan pendudukan akan diberi penjelasan dari pihak mpkj







Jalan utama kajang bukit mewah berhampiran surau al-hidayah terdapat besi penutup jalan hilang.dan jalan didapati penuh dengan batu bata di jalanan






Berjumpa dengan pengadu di Taman Bukit mewah fasa 9








9/4/2011 jam 1.30 petang



Berjumpa dengan puan Komala dan dato kamaruddin



Perjumpaan ini bertujuan untuk mengetahui isu yang timbul di Taman Bukit Mewah Fasa 9. pusat Khidmat ahli majlis dimaklumkan bahawa terdapat seekor anjing mati disebatkan terkena renjetan elektrik dari wayar yang keluar dari tiang lampu tiang lampu. Perkara ini sangat membimbangkan kerana ia juga membahaya kepada penduduk kerana disitu kawasan Taman Permainan. Difahamkan juga pengadu banyak kali membuat aduan kepada pihak MPKj terhadap beberap isu namun tidak diambil tindakan proaktif. Adun ini telah dibuat sejak 2 tahun lepas lagi. antara isu lain yang timbul ialah:







  1. Pintu pagar di taman tersebut rosak kerana menjadi tempat laluan pendatang asing





  2. Rumput dan pokok tidak diselenggara, sehingga penduduk terpaksa ambil inisiatif untuk melakukan sendiri.





  3. Lampu disekitar taman tidak menyala




  4. Semak yang berdekatan sering menyebab ular masuk kekawasan rumah





  5. terdapat longkang ditaman tidak diselenggara




MESYUARAT BERSAMA PENDUDUK ALAM SARI





Pada 8/4/2011

jam 9.30 malam
mesyuarat bersama penduduk Alam Sari

Membincangkan isu taska yang diberi notis untuk ditutup. Majoriti ibubapa yang menghantar anak ke taska itu mahu ia diteruskan, dan mendapat bantahan dari seorang penduduk. Ahli Majlis akan berbincang dengan MPKj, bagi menyelesaikan isu ini.

Gotong royong KRT Taman-taman jalan Reko

KRT dan penduduk telahmengadakan gotong-royong ditaman jelita, dan sekitarnya bertujuan untuk membasmikan masalah denggi yang berleluasan. Gotong royong ini turut dibantu oleh pihak mpkj.



PERJUMPAAN BERSAMA PERTADBIRAN SEKOLAH SRI AL-AMIN


Ahli majlis telah mengadakan perjumpaan dua kali bersama dengan pertadbiran sekolah Sri al-Amin bagi membincangkan status pemohonan sekolah untuk dibenarkan beroperasi. hasil pertemuan ini, pihak pertadbiran akan bertindak segera untuk memperolehi kelulusan untuk meneruskan operasi sekolah.


Pihak sekolah meminta bantuan ahli majlis untuk membina bonggol atau yang bersesuai bagi memeperlahankan lalu-lintas untuk keselamatan pelajar, pemohonan telah diajukan kepada pihak MPkj

Related Posts with Thumbnails